UmiYgBizi

Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Puding Buih *tak berkuah*




Bahan2 Untuk Puding
20 gram agar2
4 cawan air@900ml
1/2 cawan gula halus
5 biji putih telur
1 s/k esen vanila

Cara2 Menyediakan Puding

Masak agar2 dengan gula bersama 4 cawan
air. Kacau2 supaya agar2 benar2 hancur..
Pukul putih telur sehingga ringandan bila
diterbalik mangkuk, tak jatuh texturnya....
Masukkan esen vanila dan pewarna sambil
dipukul dengan kelajuan yg perlahan. Bila dah sebati masukkan agar2
sedikit demi sedikit sambil dipukul
sentiasa dengan mixer. Pukul adunan
sehingga agar2 menjadi suam dan bolehlah
tuangkan ke dlm acuan.
Buat puding ni kena cepat sebab ia
cepat keras..

**Petua nak bagi puding ini elok kena
kacau dengan mixer sampai adunan sejuk dan
mesti pastikan mixer sampai bahagian bawah
adunan.Kalau tak sampai pada semua
bahagian,bahagian yang tak kena tu akan jadi agar-agar.

Puding Buih Berkuah



Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )

1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
Pewarna dan paste ikut citarasa ~ Ina gunakan pewarna kuning dan paste jagung manis, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur

UTK KUAH
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

Masak agar2 bersama air, gula & daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.

Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu.
Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

** Ina punya style~ Pukul KUNING TELUR dulu sampai gebu , kemudian BARU PUKUL PUTIH TELUR sampai gebu juga ..then satukan jadikan sebekas, pukul sekejap lagi utk sebatikan ..**

Tuangkan adunan agar2 ke dlm adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan ke dlm acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dlm mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan ke dlm peti ais.

UTK MEMBUAT KUAH:

Masukkan kesemua bahan ke dlm periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dlm peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dlm mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.

TIPS PENTING MENGELAK PUDING DARI JADI 2 LAPIS..!

**Pastikan agar2 betul2 suam sebelum dimasukkan ke dlm adunan telur untuk mengelakkan puding menjadi DUA LAPIS..!

** Pastikan sukatan agar2 adalah betul.. kalau agar2 kurang dr sukatan di atas, puding juga akan menjadi DUA LAPIS..

** Pastikan telur dipukul betul2 gebu & kembang ..

Donut Mayo





Bahan-bahannya
330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
120ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti. blend gula+tepung susu untuk saduran donut

CARA-CARA :

Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan mayonis. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih)

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan , biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.



PUDING KARAMEL





Bahan2 :
~ 400 ml susu segar/ 1 tin susu cair
~ 5 sudu besar gula halus
~ 3 biji telor
~ 2 biji kuning telor
~ 1 sudu teh esen vanila

Bahan utk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air


Cara2 membuat karamel
Masukkan 5 sudu besar gula bersama 1 sudu besar air ke dalam loyang.. masak atas api yg kecik.. kalau api besar nanti hangus pulak.. kacau2 guna sudu bg rata..

Bila dah bertukar kaler keperangan sedikit baru masukkan satu sudu air lagi.. make sure gula dah cair dan bertukar keperangan sepenuhnya..

Dalam mangkuk atau bekas, masukkan kesemua telor bersama dgn gula halus.. kacau menggunakan whisker..

Kacau perlahan je tau agak2 kasi gula tu sebati atau pun larut.. Jgn pukul beriya2 ..kemudian masukkan susu dan esen vanila .. kacau sebati ..
Lastly.. tuang adunan tersebut ke dalam loyang yg berisi karamel..

TAPIS ye adunan tu sblm tuang...sbb dalam adunan tu mesti ada putih telor yg berketul2

Kemudian kukus selama 30 minit dgn api sederhana.. Sekiranya selepas 30 minit tapi puding masih lembik, sila tambah lagi masa kukusan.. kukus lagi sampai puding betul2 masak..

**Pastikan periuk kukusan di panaskan terlebih dahulu..**

~Selamat Mencuba~ ;))


Wednesday, May 25, 2011

Agar-agar karamel

Jam kat Pc nih dah pukul 1.25 pagi..yeahhh..ina masih gigih lagi duk menaip & nak share resepi...kali nih nak share resepi Agar-agar karamel..resepi ina ambik kat blog mat gebu..
tapi kejadian agar-agar karamel mat gebu lagi cantik & romantisss gituu....ina punya agar-agar ni tersilap guna acuan...so, permukaan atas agar2 tu kurang menjadik...takper next time cuba hasilkan dengan kejadian yg lebih baik lagi...hihi..okey,mari kita salin resepi & cara2nya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly (boleh beli kat pasaraya)
600 ml air
300 ml susu cair
120 g gula halus
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir (kalau tak nak manis guna 3/4 cawan)*
3 camca besar air*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.
  2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
  3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...



Apam Beras

wah-wah-wah-wahhhhh..mentang-mentang berbulan-bulan tak update blog..skali update,hambik ko..dah 4 resepi ina duk tepek..ekekeke..yerlaaa..boronggg terusss kannn...lepas nih tak tau bila pulak akan update..esok ker,lusa ker,next week ker,next month ker...hohohoho...
Okey-okey malas nak celoteh panjang2..masa makin suntuk nih..kali nih ina nak share resepi Apam Beras..memang SEDAP giler resepi nih..tapi pas makan tadelah sampai jadi gilerrr..hihihi..
Exceli ina ade dua resepi apam beras ni..resepi yang satu lagi tu,lebih kurang sama gak bahan2nya..cuma resepi tu tak pakai brown sugar,dia pakai gula putih biasa...lain2 bahan sama aje,cuma sukatannya aje yang berbeza..dua-dua resepi tu ina buat menjadik..lembut aje..tapi bagi ina resepi yg ini lebih lembut lagi  kot..

Okey,jomlah kita tengok resepinya...
Bahan-bahan
* 2 cwn nasi
* 2 cwn tepung gandum
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn brown sugar
* 3/4 cwn gula
* 2 1/2 cwn air
* 1 sudu kecil yis (mauripan)
* kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. perap selama 3 jam.
6.masukkan dlm acuan kecil YG DISAPU SEDIKIT MINYAK dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap! (^__^)



Kek Marble

Okey, kali ni nak share resepi kek marble pulak..Ina dapat resepi ni dari kawan pages Kongsi Resepi  kat FB...

Exceli cabaran tul nak siapkan marble cake nih.. sebab ina buat berduet dengan apam beras..hihi..pastu cam biasalah, gangguan yg hebat dari hero2 lasak yg kecik2 kat umah nih, lagilahhhh mencabar keimananku untuk menyudahkan proses pembakaran kek & pengukususan apam..mujur gak menjadik akhirnya...^__~

Resepinya macam ni yer puan-puan,acik-acik,akak-akak & adik-adik...

Bahan-bahan..
1 butter ( 250gm )
2 cup/250g tepong sebaguna + 1sudu baking powder ( ayak)
1 cup/250g castor ( atau 3/4 cup )
1/4 cup cocoa powder
4 biji telor Asize
100ml susu segar
2tbs susu pekat
esen vanilla.

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang. masukkan telor satu2. masukkan susu segar dan pekat berserta vanilla. kacau rata. masukkan tepong sikit2, kaup balik guna spatula.
2. Bahagikan 2. satu di campor cocoa.
3. Selang-selikan adunan sampai habis.
4. Bakar 180-200c selama 45-1jam.

SELAMAT MENCUBA!!

Tuesday, May 24, 2011

Tart Telor

Assalamualaikum..Lamanya ina tak update blog...-_-...Bosan dengan line internet yang slow setiap kali tengah malam..Kdg2 tu langsung tak boleh nak surf...Ina tengah2 malam ler baru free sikit kalau nak menulis & mengarut kat blog ni..hehehe...Key..kali ni ina nak share resepi Tart telor..1st time buat guna resepi ni terus jatuh cinta..tak cari lain dah..hehe..anak2 & suami suka sangat2 makan tart telor nih....


Gambar yang  kat atas tu yang dah ke-3 kali ina buat..so, kejadiannya agak okey la sikit jika nak dibandingkan dengan kejadian rupa yang 1st time buat seperti gambar di bawah ni..hihi
    


Resepinya seperti kat bawah...

Egg Tart Recipe

* PASTRY
* 200g butter
* 80g gula aising
* 360g superfine flour
* 1biji telur
* 1/2 sudu kecil esen vanila

* FILLING :
* 1 cawan susu cair
* 4 biji telur
* 1 cawan gula
* 1 cawan air
* 1 sudu besar tepung kastard
* 1/2 sudu kecil esen vanila
* pewarna kuning

 

Cara-cara

1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.


SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, December 9, 2010

Puding Gula Hangus


Puding gula hangus ni dah lama dah ina buat..Tapi baru hari ni teringat nak letak resepinya..Puding ni time bulan puasa senang ler nak mencarinya..Biasa derang jual sepotong dalam singgit ke singgit setengah kan..Sebab nak membuatnya banyak gunakan telur.. pasal tu ler jadi mahal..


Pada yang suka makan benda-benda manis,mesti gemar puding nih..sebab ianya memang manissss..tapi hati-hati gak kan..makan makanan manis ni memang sedap..bila dah terkena kencing manis hmmmm terpaksa berpantang lah nak makan benda-benda manis ... 
Okeylah pada yg nak mencuba buat puding ni,salin resepi di bawah ni yer.. 

Bahan-bahan
• Telur (saiz besar) 7 biji
• Susu Isian Pekat Manis 460ml ~kurangkan sikit kalau x kuat manis
• Gula Pasir 3 sudu besar
• Garam 1 sudu kecil ~utk rasa lemak
• Tepung Kastard 2 sudu besar
• Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
• Loyang bersaiz diameter 15~20cm

Cara membuatnya

1. Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit..

2. Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.

3. Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.

4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.

5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.

6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk .

Selamat Mencuba !  : )

Wednesday, December 8, 2010

Kek Coklat Kukus



Assalamualaikum semua..Selamat Malam..ehh??Baru tulis entri dah ucap selamat malam..Aci la kan, sebab time ina tengah menulis entri ni hari dah malam, dah pukul 10.52 mlm dah pun mengikut jam di komfuterku ini .. jadik ku ucaplah selamat malam..boleh gitu..??*ikut ko la ina...

Kat entri yang lepas ina ada kata nak letak resepi kek coklat kukus kan..Sekarang ini semua manusia2 dalam rumah ini sudah terbongkang diulit mimpi .. masing2 sedang gigihnya memproses air liur basi .. samada atas bantal mahupun atas tilam .. maka dengan ketenangan yang ada ini, ina mengambil kesempatan untuk menulis resepi ini.. errrr nape haku rasa mcm skima sangat je ayat ?? (T_T)


Resepi kek ni mudah jer nak buat, sebab sukatan dia semua menggunakan cawan.. 1st time ina buat alhamdulillah terus menjadik..berdebar gak masa nak bukak tudung kukusan tu kalau-kalau bentat ke hape..sbb ina ade baca komen sorang ahkak yang dah mencuba resepi ni.. dia kata dah 2 jam dia kukus kek ni tak masak2..last2 dia wat coklat ball..
Pastu akak yang share resepi ni kata,dia dah buat berbelas-belas loyang menggunakan resepi ni, elok aje menjadik..tak pernah pun failed...so,ina pun konfiden ler nak mencuba ..
Mungkin ina & kakak yang share resepi ni buat dengan penuh perasaan kasih sayang kot....(T_T)
Itu pasal menjadik..yang tak menjadik tu agak2nya buat dalam keadaan mood tak stabil kot..kehkehkeh ..memandai jer haku..;-P

Okeylah jom kita tengok resepi kek ni ..

 Bahan-bahan
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak/butter
1 cawan gula

1. Bahan2 kat atas tu sumer campur dlm periuk & jerang atas api kecil campur sampai sebati...ketepikan & biarkan sejuk sket

2. Tiga biji telur pukul sampai kembang & gebu . Lepas tu masukkan dlm campuran koko yg dah menyejuk tadi.  Gaul sampai sebati dan masukkan 1 cawn tepung, 1 sudu teh baking powder & 1 sudu teh soda bikarbonat. Gaul lagi sampai adunan itu betul2 mesra.

3. Kukus atas api sederhana dlm masa SEJAM.

Toping
1 cawan susu pekat
1 cawan koko
Sedikt minyak

Cara
Campurkan bahan2 diatas dan kacau  sampai sebati..kemudian sapukan di atas kek. Letak ler coklat rice sbagai hiasan.

* Toping yang ina pakai ialah,ina gunakan coklat masakan yg dimasak dngan sedikit butter & menggunakan kaedah double bowl ... : )

Selamat mencuba !

Saturday, August 14, 2010

Kek batik


Selamat pagi .. Lorrr dah pukul 3 lebih pagi .. Tak tido lagi ina nih .. Biji mata dah naik kero dah sebenarnya nih .. Gitulah, kalau dah ngadap PC .. Jap lagi nak bersahur pulak .. tionggg,tionggg huyung hayang plak rasa kepala nih ..



Entri kali nih ina nak share resepi mudah .. Kek Batik .. Budak-budak suka la makan kek ni kan .. Mak budak yang gemar coklat pun mesti suka jugak .. Contohnya ina ler .. hehehe .. huarghhhhhh .. Banyak kali dah menguap nih .. keylah, malas lengah2 masa lagi .. jom lah study resepi & cara-caranya kat bawah ..


Bahan-bahan:

Biskut marie (1bungkus) -patahkan 4
3/4cwn susu pekat manis
1 cwn butter

3 sudu besar serbuk koko

2 cwn MILO
1 cwn oat/nestum (ina guna nestum)

4 sudu besar susu segar


Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan kecuali biskut marie.
2. Kacau hingga mentega cair dan adunan memekat.
3. Kemudian susunkan biskut marie dalam bekas atau loyang
.
4.Curahkan adunan coklat tadi ke atas biskut tersebut. Buat begini berselang-seli sehingga habis.
5.Setiap layer pastikan ditekan dgn senduk sehingga betul-betul padat.

6. Simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam.

Nota: Kek ni kalau disimpan di dalam peti ais lama-lama lagi sedap, biar cepat keras dan mudah dipotong nanti
.. :))

Friday, August 13, 2010

Puding Kastard

Salamm .. Tadi ina dah kongsi resepi kurma ayam .. Nih nak kongsi resepi Puding Kastard .. Time bulan puasa nih, sure banyak puding kastard dijual kat bazar ramadhan kan .. Tapi susah nak jumpa yang betul-betul sedap .. Biasa kuahnya cair dan kurang lemak .. so kalau nak sedap, buat ler sendiri .. Gerenti puas hati hasilnya .. hehehe ..


Bahan-bahannya simple aje .. Nak buat pun senang .. Ina tak bubuh pun buah-buahan koktel atau apa2 hiasan .. sebab takde stok plus anak2 suka makan mcm tu jer .. so, kalau kenkawan nak hias dengan kismis ker, buah prune ker, buah2an dalam tin tu ker , terpulang lah yerk .. ikut selera anak tekak memasing .. ekekekkek ;D



Bahan-bahan untuk puding
2 cawan tepung bird kastard
2cwn susu cair F&N
1 cawan gula castor
9 cawan air

Bahan-bahan untuk kuah
2 cawan susu cair F&N
1 cawan gula castor
2 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar tepung kastard yang dibancuh dgn sedikit air * utk pekatkan kuah

CARA buat PUDING
1. Tepung kastard,susu cair,gula kastor dicampur ke dalam periuk.
2. kacau dahulu sehingga sebati bahan2 itu. Kemudian letakkan periuk ke atas api sederhana.
3. kacau tanpa henti hingga meletup-letup & berkilat.
4. Setelah itu tuangkan ke dalam acuan. Dah sejuk bolehlah dihidangkan dengan kuah.


CARA buat KUAH
1. Campurkan susu cair, gula kastor, esen vanilla dan air ke dalam periuk. Kacau sebati di atas api yang sederhana.
2. Masukkan bancuhan tepung kastard bagi memekatkan kuah tersebut. Kacau lagi hingga mendidih. Kemudian sejukkan, dan boleh lah dicurahkan ke atas puding tadi.

Wednesday, July 28, 2010

Donut


Salammmmmm .. korang suka makan donut?? Mesti ramai yang suka makan kannn .. dan yang sohihnya selalu beli kat kedai, yer dak ..?? ekekeke .. Apa kata cuba try test buat sendiri pulak .. Resepi yang ina nak kongsikan nih, insya'allah .. menjadiknye donut korang tu nanti .. Hasilnya memang gebusss & lembut walopon dah sejuk ..

Bebaru ni ina ada beli Dunkin Donut .. singgah beli pasal nak alas perut anak pompuan yang baru balik sekolah .. sebab lepas ambik dia tu, tak terus balik umah .. ada hal sikit nak ke satu tempat .. risaukan takut dia kelaparan singgah ler kat dunkin donat .. bila tengok & belek2 dunkin donut yang dah dibeli tu, dalam hati berkata, ishh .. ishhh .. lembut lagi donut yang haku buat .. hehehe .. ;-P

Okeylaaa .. masa dah suntuk ina nak berceloteh panjang2 .. jomlah kita semak resepi donut nih ..

Bahan-bahan:

20 g yis basah (fresh yeast / compress yeast) - kalau guna yis kering segera sebyk 6 g saja tapi best yis basah
125 ml susu segar suam
25 g mentega } dicairkan
2 kuning telur
250 g tepung gandum
1-2 sudu besar gula castor
minyak utk menggoreng
gula castor secukupnya utk taburan

Cara membuat:

1. Campurkan yis dgn sedikit susu, kacau. Kemudian masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula, kacau sebati.

2. Ayakkan tepung ke dlm mangkuk adunan yg lain, curahkan campuran yis tadi di tengah2 tepung kemudian gaul sebati.

3. Uli adunan sehingga menjadi doh yg licin (tidak melekat dijari) kemudian masukkan doh kedlm mangkuk besar, tutup dgn kain lembab selama 1 jam.

4. Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm

5. Ambil penerap bulat, terap hingga habis

6. Biarkan donut tadi atas dulang yg telah disapu dgn sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 min

7. Goreng sehingga keperangan dgn api perlahan

8. Angkat dan toskan minyak nya bila sejuk bolehlah digaul kan dgn gula halus

** kalau nak cepat tak payah terap .. Cubit aje doh tu sikit2 and then gentel bulat2 .. pastu tunggu dia 'membesar' dari saiz asal, kendian baru digoreng ..

** Sedikit info ~ Yis basah tu nama saintifik nye Compressed Yeast .. kalau pegi supemarket ianya diletak kat bahagian frozen .. Warnanye coklat, berbentuk 4 segi & baunye busyuk ..

Ade jual mcm2 brand & saiz .. Ina beli saiz yg paling kecik 60..gm - RM1.20 .. Yis basah kena bancuh dgn air suam bergula /susu suam utk menaikkan dia .. berbeza dgn yis kering @ mauripan tu, coz yis kering boleh terus dicampurkan ke dlm tepung .. ;))

Kuih Kole Kacang & Kuih Bakar


Salam semua .. Hishhh, bizi sunguh ina ni sebenarnya .. Semalam hajat di hati nak menggosok baju-baju tok laki, tapi tak berjaya jugak .. Jangan katakan selai berjaya digosok, seterika pun langsung ina tak nyalakan .. Tertangguh lagi list kerja-kerja haku .. uhukkk ..

Okey, ni ina nak berkongsi resepi kole kacang & kuih bakar .. Kole kacang ni ina pernah buat jual masa bulan ramadhan tau .. Saja suka2 .. Tolong penuhkan meja bazar ramadhan kawan sebelah umah ni haaa ..

Bahan-bahannya simple aje .. Nak buat pun senang sangat .. Tak sampai setengah jam dah siap .. Tadelah sampai berpeloh2 ketiak korang nak nunggu kuih ni masak & dimakan .. ehehehe .. Jom kita check resepi di bawah ..

Kole Kacang

Bahan-bahan
200gm tepung kacang hijau
150gm gula

80gm gula mera

750ml santan cair
250ml santan pekat (isi garam skit) ~ dijadikan tahi minyak


CARA

1. Gaulkan semua bahan & masakkan sehingga adunan pekat & berkilat

2. Tuangkan adunan ini dlm loyang & sejukkan

3. Taburkan tahi minyak ke atas kuih tadi



KUIH BAKAR

Bahan-bahan

A. 12 helai daun pandan + 200 ml air

B. 210 gm tepung gandum + 1/2 sudu teh garam

C. 3 biji telur Gred B

D. 250 ml santan pekat
E. 200 ml air + 200 gm gula & pewarna hijau
( **kuih bakar ni manisnya ala-ala aje, kalau kenkawan nak manis lagi, boleh tambahkan sikit lagi gula)

CARA

1. Blend bhn2 A & ambil jusnya.

2. Blend A, B, C & D.

3. Didihkan bahan E. Sejukkan & campurkan bersama bhn2 yg telah diblend.

4. Sapukan loyang dgn sedikit butter. Bakar sehingga masak.

Tuesday, July 27, 2010

Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut


Kek ni first time ina try buat .. Alhamdulillah menjadik sarangnya .. Sedap pulak tu .. Pada kenkawan yang nak try buat, jom salin resepi ni ekk .. Kalau ikut step by step gerenti menjadik punye .. Kalau tak menjadik jugak, sah masa kecik2 dulu tangan korang tak dibedung .. ekekeke



Bahan untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas

2 sudu besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali .. Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

Bahan untuk kek
4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanilla.
Last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 minit suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.

*Oven ina takde api atas .. so, ina bakar pakai api bawah je smpai kek tu masak .. Alhamdulillah .. menjadik gak .. :)

Apam Warna-Warni



Adunan apam sebelum dikukus ..




Resepi apam ni ina dah ada letak kat Fb .. sebab nak penuhkan koleksi makanan kat blog ni, ina letak pulak resepi tu kat sini .. hehehe .. Senang aje nak buat apam nih kenkawan wehh .. Jom kita tengok resepinye ..

Bahan-bahan
• 250 g tepung berserbuk penaik
• 200 ml santan
• 200 g gula halus
• 2 biji telur Gred A

• 1 camca teh vanila esen

• 1 camca makan ovallate

• Secubit garam

• Pewarna merah, kuning dan hijau (ikut kegemaran masing2)


Cara-cara

1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.


2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.


3. Bahagi 3. Satu diwarnakan kuning, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.


4. Dalam loyang yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian kuning pada atasnya.


5. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

Kuih Bakar Labu


Hai kenkawan .. 2-3 hari lepas ina duk operasi ke peti ais .. kemas-kemas & buang segala tok nenek yg dah expired dalam tu .. banyak gak kooo bende2 yang dah bertuko rupe jadik macam alien .. huhuhu .. dalam duk mengemas tu, ternampak lah labu manis yg dah hampir2 nak monoposss .. duk pikir2 nak buat ape lah ngan labu nih .. last2 ina buat Kuih Bakar Labu .. laku anak2 makan korang wehhh .. tok laki ina yang kurenggg makan labu pon, tak sedo dia dah ngap punyelah banyak .. kihkihkih .. ;-p

Pada sesape yang berminat nak buat kuih bakar labu nih, jom kita tengok resepinya ..

BAHAN-BAHANNYA :-)

5 biji telur
500 ml santan (atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)

200 g tepung gandum

220 g gula halus

1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, direbus hingga lembut dan lecek hingga halus

** ina guna separuh aje adunan kat atas tuh, sebab labu yang dah nak monopos tu tinggal sikit aje ..

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan bahan2 diatas dalam blender, then blend kan sampai betul2 sebati.
  2. Tuang adunan dalam acuan kuih bakar yg telah dilenser dgn mentega, dan bakar selama 5-10 minit.
  3. Dah masak, angkat dan boleh ler dihidangkan. Selamat mencuba ;-)