
Assalamualaikum kawan-kawan.. Lama sungguh ina tak update blog .. maklumlah duduk kat rumah ni sebenonye biziiii memanjang .. tak abis2 dgn kerja & aktivitinya .. ade anak-anak kecik nih lagi lah kan .. Setiap setengah jam dia bagi kita ni kerja .. adehhh ..
Tup-tap, tup-tap, hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa yerk .. Menu apa agak2nya cik kak-cik kak nak berbuka jap lagi nih ..? Menu tunjuk-tunjuk kat bazar ke menu masak sendiri ?? eeeheheeee ..
Okeylah hari ni ina nak kongsi resepi biasa-biasa jer .. Ayam Masak Kurma .. Pada sesapa yang nak mencuba tu, silalah ambik pen & kertas untuk menyalin bahan2 nya yer .. ;D
AYAM MASAK KURMA
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam/ (dibersihkan & dipotong kecil)
5 s/b rempah kurma ayam/daging [bancuh dgn sikit air]
3 biji kentang [belah 4]
1 biji bawang besar [belah 4]
1 biji buah tomato
2 biji lada hijau [belah 2] *optional
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 s/b majerin
minyak
garam
Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Cara:
1. Panaskan minyak dan majerin . Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Kacau rata dan biarkan naik minyak.
2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga naik minyak semula.
3. Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendidih dan agak pekat.
5. Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api.
6. Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelahkan dan biarkan sehingga naik minyak semula dan pekat.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti. Selamat Mencuba! ;-)
Wokeh .. tadi ina dah tunjukkan cara - cara nak buat nasi dagang, sekarang jom kita belajar buat kuahnya pulak .. Kuah nasik dagang ni memang beshh
Menurut dari sumber resepi kuah nasi dagang ni, ianya diperturunkan dari tukang masak nasi dagang almarhum ayahanda Sultan Mizan ..
Mana-mana orang yg dah try buat guna resepi ni, semua puji kata kuah ni sedap & derang siap dapat pujian dari tok laki & mak mertua lagi, walopon baru pertama kali buat .. Tengoookkkk, bisa tak bisa nye resepi nih .. ekekekek
Oklah .. Resepi kuah ni adalah utk 25 orang makan .. Errr pepandailah korang sukat bahagi, tambah bahan2 kat bawah nih bersesuaian dengan bilangan AJK dalam rumah memasing yerkkk .. Mari kita study bahan-bahan & cara-caranya ..
Bahan - bahan ( 25 org makan )- 4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan@gula melaka. Segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa. Air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti
- 1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
- 1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
- segenggam lengkuas setelah dihiris
- 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
- 1 labu bawang putih (yang besar)
- 2 inci halia
- 3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
- 1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
- kerisik dari 1/2 biji kelapa
- 4 keret besar nisan
- santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
- 2 inci kulit kayu manis
Cara -cara :-) - Semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
- Masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
- Masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)
** ina masak kuah ni tadelah sampai 7 jam .. cuma ina rebus ikan tu pada belah petang sampai ke malam dgn mengunakan api kecil .. kendian biarkan semalaman, esok baru guna untuk buat kuah .. :)