UmiYgBizi

Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Monday, May 13, 2013



Kek Pelangi Puding Karamel





RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:

2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)


Cara-cara:

1.Masukkan gula di tengah loyang kek.
2.Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
3.Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang
4.Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang
5.Ketepikan dan sediakan pula adunan puding

** Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dgn adunan puding dan kek nanti..**


Bahan-bahan untuk Puding

400ml fresh milk / 1 tin susu cair
3 biji KUNING TELUR (Putih telur masukkan ke dalam mangkuk pengadun untuk 'meringue' nanti)
2 biji telur
140 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara:

1. Satukan 3 biji kuning telur dan 2 biji telur serta semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
2.Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
3. Ketepikan

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)

6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor

Cara-cara:

Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula castor.
Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
** Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah..**
Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh.. terus buat adunan ke-2 untuk kek.


Adunan 2:

3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
Matikan mixer.
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan . Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
Warnakan dengan warna pilihan anda.
Sudukan ke dalam loyang puding tadi.

Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk....


Wednesday, May 25, 2011

Kek Marble

Okey, kali ni nak share resepi kek marble pulak..Ina dapat resepi ni dari kawan pages Kongsi Resepi  kat FB...

Exceli cabaran tul nak siapkan marble cake nih.. sebab ina buat berduet dengan apam beras..hihi..pastu cam biasalah, gangguan yg hebat dari hero2 lasak yg kecik2 kat umah nih, lagilahhhh mencabar keimananku untuk menyudahkan proses pembakaran kek & pengukususan apam..mujur gak menjadik akhirnya...^__~

Resepinya macam ni yer puan-puan,acik-acik,akak-akak & adik-adik...

Bahan-bahan..
1 butter ( 250gm )
2 cup/250g tepong sebaguna + 1sudu baking powder ( ayak)
1 cup/250g castor ( atau 3/4 cup )
1/4 cup cocoa powder
4 biji telor Asize
100ml susu segar
2tbs susu pekat
esen vanilla.

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang. masukkan telor satu2. masukkan susu segar dan pekat berserta vanilla. kacau rata. masukkan tepong sikit2, kaup balik guna spatula.
2. Bahagikan 2. satu di campor cocoa.
3. Selang-selikan adunan sampai habis.
4. Bakar 180-200c selama 45-1jam.

SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, December 8, 2010

Kek Coklat Kukus



Assalamualaikum semua..Selamat Malam..ehh??Baru tulis entri dah ucap selamat malam..Aci la kan, sebab time ina tengah menulis entri ni hari dah malam, dah pukul 10.52 mlm dah pun mengikut jam di komfuterku ini .. jadik ku ucaplah selamat malam..boleh gitu..??*ikut ko la ina...

Kat entri yang lepas ina ada kata nak letak resepi kek coklat kukus kan..Sekarang ini semua manusia2 dalam rumah ini sudah terbongkang diulit mimpi .. masing2 sedang gigihnya memproses air liur basi .. samada atas bantal mahupun atas tilam .. maka dengan ketenangan yang ada ini, ina mengambil kesempatan untuk menulis resepi ini.. errrr nape haku rasa mcm skima sangat je ayat ?? (T_T)


Resepi kek ni mudah jer nak buat, sebab sukatan dia semua menggunakan cawan.. 1st time ina buat alhamdulillah terus menjadik..berdebar gak masa nak bukak tudung kukusan tu kalau-kalau bentat ke hape..sbb ina ade baca komen sorang ahkak yang dah mencuba resepi ni.. dia kata dah 2 jam dia kukus kek ni tak masak2..last2 dia wat coklat ball..
Pastu akak yang share resepi ni kata,dia dah buat berbelas-belas loyang menggunakan resepi ni, elok aje menjadik..tak pernah pun failed...so,ina pun konfiden ler nak mencuba ..
Mungkin ina & kakak yang share resepi ni buat dengan penuh perasaan kasih sayang kot....(T_T)
Itu pasal menjadik..yang tak menjadik tu agak2nya buat dalam keadaan mood tak stabil kot..kehkehkeh ..memandai jer haku..;-P

Okeylah jom kita tengok resepi kek ni ..

 Bahan-bahan
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak/butter
1 cawan gula

1. Bahan2 kat atas tu sumer campur dlm periuk & jerang atas api kecil campur sampai sebati...ketepikan & biarkan sejuk sket

2. Tiga biji telur pukul sampai kembang & gebu . Lepas tu masukkan dlm campuran koko yg dah menyejuk tadi.  Gaul sampai sebati dan masukkan 1 cawn tepung, 1 sudu teh baking powder & 1 sudu teh soda bikarbonat. Gaul lagi sampai adunan itu betul2 mesra.

3. Kukus atas api sederhana dlm masa SEJAM.

Toping
1 cawan susu pekat
1 cawan koko
Sedikt minyak

Cara
Campurkan bahan2 diatas dan kacau  sampai sebati..kemudian sapukan di atas kek. Letak ler coklat rice sbagai hiasan.

* Toping yang ina pakai ialah,ina gunakan coklat masakan yg dimasak dngan sedikit butter & menggunakan kaedah double bowl ... : )

Selamat mencuba !

Saturday, August 14, 2010

Kek batik


Selamat pagi .. Lorrr dah pukul 3 lebih pagi .. Tak tido lagi ina nih .. Biji mata dah naik kero dah sebenarnya nih .. Gitulah, kalau dah ngadap PC .. Jap lagi nak bersahur pulak .. tionggg,tionggg huyung hayang plak rasa kepala nih ..



Entri kali nih ina nak share resepi mudah .. Kek Batik .. Budak-budak suka la makan kek ni kan .. Mak budak yang gemar coklat pun mesti suka jugak .. Contohnya ina ler .. hehehe .. huarghhhhhh .. Banyak kali dah menguap nih .. keylah, malas lengah2 masa lagi .. jom lah study resepi & cara-caranya kat bawah ..


Bahan-bahan:

Biskut marie (1bungkus) -patahkan 4
3/4cwn susu pekat manis
1 cwn butter

3 sudu besar serbuk koko

2 cwn MILO
1 cwn oat/nestum (ina guna nestum)

4 sudu besar susu segar


Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan kecuali biskut marie.
2. Kacau hingga mentega cair dan adunan memekat.
3. Kemudian susunkan biskut marie dalam bekas atau loyang
.
4.Curahkan adunan coklat tadi ke atas biskut tersebut. Buat begini berselang-seli sehingga habis.
5.Setiap layer pastikan ditekan dgn senduk sehingga betul-betul padat.

6. Simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam.

Nota: Kek ni kalau disimpan di dalam peti ais lama-lama lagi sedap, biar cepat keras dan mudah dipotong nanti
.. :))

Tuesday, July 27, 2010

Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut


Kek ni first time ina try buat .. Alhamdulillah menjadik sarangnya .. Sedap pulak tu .. Pada kenkawan yang nak try buat, jom salin resepi ni ekk .. Kalau ikut step by step gerenti menjadik punye .. Kalau tak menjadik jugak, sah masa kecik2 dulu tangan korang tak dibedung .. ekekeke



Bahan untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas

2 sudu besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali .. Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

Bahan untuk kek
4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanilla.
Last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 minit suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.

*Oven ina takde api atas .. so, ina bakar pakai api bawah je smpai kek tu masak .. Alhamdulillah .. menjadik gak .. :)