Tuesday, July 27, 2010
Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut
Kek ni first time ina try buat .. Alhamdulillah menjadik sarangnya .. Sedap pulak tu .. Pada kenkawan yang nak try buat, jom salin resepi ni ekk .. Kalau ikut step by step gerenti menjadik punye .. Kalau tak menjadik jugak, sah masa kecik2 dulu tangan korang tak dibedung .. ekekeke
Bahan untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali .. Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
Bahan untuk kek
4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Cara-caranya
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanilla.
Last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 60 minit suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.
*Oven ina takde api atas .. so, ina bakar pakai api bawah je smpai kek tu masak .. Alhamdulillah .. menjadik gak .. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam, gula tu guna gula halus ke tak kisah gula kasar pun boleh ? :)
ReplyDelete-aimi-
salam aimi,gula tu ina guna gula pasir kasar..:)..gula halus pun boleh sbb kita nak cairkan dia nanti kan...
ReplyDelete