UmiYgBizi

Monday, May 13, 2013

Triffle Pisang Lemak Manis



Bahan:-
  • 1 gulung swiss roll cake - inti blueberi atau ikut selera
  • 20 biji pisang lemak manis - (dapatkan yg baru nak kuning je tau, jgn yg masak) kupas kulitnya
  • 1 tin susu sejat Ideal
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1 biji kuning telor - dipukul sikit
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • *1 1/2 sudu besar tepung jagung ) * dibancuh
  • * 3 sudu besar air ) bersama
  • buah ceri - belah dua
  • minyak untuk menggoreng pisang
Cara-Cara:-
  1. Panaskan kuali, goreng pisang lemak manis (tanpa tepung) hingga berwarna coklat keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Potong 1/2 inci tebal kek gulung, susun di dalam bekas yang sesuai.
  3. Dalam periuk, campurkan susu sejat, gula, esen vanila dan telor. Masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sebentar hingga agak pekat. Tutup api. Biarkan sejuk sedikit.
  5. Tuangkan ke dalam bekas yang telah disusun kek gulung tadi.
  6. Aturkan pisang di permukaan triffle tadi serta hiaskan dengan ceri. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3 atau 4 jam sebelum dihidangkan.
# Note - Sila dapatkan pisang lemak manis yang baru nak masak (baru kuning sikit2) je tau, baru boleh digoreng, jgn beli yang masak dah kuning tu ok..x boleh nak goreng nnt, meresap minyak sakan lak.

Jemput Kentang Rangup & Gebu



Bahan2...
4 bj kentang sederhanan direbus .. then blend dgn sebiji bwang besar campur sedikit air .. kemudian masukkan dlm bekas..bubuh tepung gandum dlm 3 cwn & crispy powder 1/2 cwn .. kalau lembik tambah tepung lagi sikit..bubuh bancuhan 1 sudu teh mauripan..perasakan dgn garam..nak buh serbuk pati ayam Knorr skit pun boleh..& potong ler lada then campak dlm adunan tu kalau nak pedas.. pastu goreng till kekuningan..Siap! Rangup & lembut sangat ..! ^^,
Sardin Masak Lemak



bahan2

1 tin sardin besar
10 tangkai cili api*
3 ulas bwg merah*
2cm lengkuas*
3cm kunyit hidup*
1 paket santan serbuk
asam keping
garam & gula secukupnya

cara2
Asingkan ikan sardin dan kuahnya...Goreng ikan sardin terlebih dahulu..**tutup dgn tudung periuk semasa menggoreng ikan sardin sbb ianya akaan meletup-letup**

Tumbuk bahan2 yg bertanda *. Tumis hingga wangi..kemudian masukkan sos sardine .. masak hingga agak garing..kemudian masukkan sedikit air dgn santan serbuk..masukkan garam, gula & asam keping..kemudian masukkan ikan sardine yg dah digoreng . kacau sebentar & tutup api. sedia dihidangkan.. ;))

Puding Buih *tak berkuah*




Bahan2 Untuk Puding
20 gram agar2
4 cawan air@900ml
1/2 cawan gula halus
5 biji putih telur
1 s/k esen vanila

Cara2 Menyediakan Puding

Masak agar2 dengan gula bersama 4 cawan
air. Kacau2 supaya agar2 benar2 hancur..
Pukul putih telur sehingga ringandan bila
diterbalik mangkuk, tak jatuh texturnya....
Masukkan esen vanila dan pewarna sambil
dipukul dengan kelajuan yg perlahan. Bila dah sebati masukkan agar2
sedikit demi sedikit sambil dipukul
sentiasa dengan mixer. Pukul adunan
sehingga agar2 menjadi suam dan bolehlah
tuangkan ke dlm acuan.
Buat puding ni kena cepat sebab ia
cepat keras..

**Petua nak bagi puding ini elok kena
kacau dengan mixer sampai adunan sejuk dan
mesti pastikan mixer sampai bahagian bawah
adunan.Kalau tak sampai pada semua
bahagian,bahagian yang tak kena tu akan jadi agar-agar.

Puding Buih Berkuah



Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )

1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
Pewarna dan paste ikut citarasa ~ Ina gunakan pewarna kuning dan paste jagung manis, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur

UTK KUAH
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

Masak agar2 bersama air, gula & daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.

Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu.
Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

** Ina punya style~ Pukul KUNING TELUR dulu sampai gebu , kemudian BARU PUKUL PUTIH TELUR sampai gebu juga ..then satukan jadikan sebekas, pukul sekejap lagi utk sebatikan ..**

Tuangkan adunan agar2 ke dlm adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan ke dlm acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dlm mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan ke dlm peti ais.

UTK MEMBUAT KUAH:

Masukkan kesemua bahan ke dlm periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dlm peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dlm mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.

TIPS PENTING MENGELAK PUDING DARI JADI 2 LAPIS..!

**Pastikan agar2 betul2 suam sebelum dimasukkan ke dlm adunan telur untuk mengelakkan puding menjadi DUA LAPIS..!

** Pastikan sukatan agar2 adalah betul.. kalau agar2 kurang dr sukatan di atas, puding juga akan menjadi DUA LAPIS..

** Pastikan telur dipukul betul2 gebu & kembang ..