UmiYgBizi

Showing posts with label Masakan berasaskan AYAM. Show all posts
Showing posts with label Masakan berasaskan AYAM. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Paru Goreng Berlada dan Ayam Goreng Berempah



Paru Goreng Berlada

Bahan bahan

Paru di belah 4, cuci bersih dan di rebus dengan sedikit garam
10 batang cili padi- ikut suka (lebihkan jika suka pedas)*(Ina guna lada merah besar & cili kecik hijau
1 inci halia*
sehiris lengkuas*
1 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
kisar bahan bertanda*
sedikit garam
ajinomoto & gula nisan/ melaka
air asam jawa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

Paru yang telah direbus dihiris dan digoreng hingga agak garing, kemudian ditoskan..
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan2 yang dikisar sehingga naik minyak, masukkan sedikit air asam jawa , garam, gula & aji
Masukkan paru yang telah digoreng dan gaul hingga sebati dan agak garing..
Sedia untuk dihidang.


Ayam Goreng Berempah

Bahan bahan
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung **Ina ganti dgn "Crispy Powder**
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing. SIAP !

Friday, December 10, 2010

Ayam Goreng Berempah


Wahhhhh!! Sedap tuuu...! Ayam goreng berempah lagi..(sila pokeskan mata anda kat ayam yer..ehehehe) Kalau makan time panas-panas..baru angkat dari kuali..fuhhhh..sampai tak sedar dah habiskan 4-5 ketul....Resepinya mudah aje kenkawan nak buat..Jika bahan-bahannya dah ada,dah cukup lengkap,dah cukup syarat..buatlah untuk insan tersayang...Air tangan yang sndiri bikin lagi power sebenarnya dari hat beli kat kedai..janji kita buat dengan penuh keikhlasan,lemah gemalai & penuh kasih sayang..kompem ayam berempah tu nanti jadik canteeekkkk & wangiiii jerrr mcm tuan hat membuatnye ...walaupun tuannya tu belom mandi ...ngeeeeee...


So, marilah sahut cabaran ina dengan mengetest buat ayam goreng berempah dengan menggorengnya di dalam kuali di rumah anda...Bukan digoreng kat kuali kedai mamak atau yang sewaktu dengannya ..:D
 Jom kita pakat serbu resepi dan cara-cara nak membuatnya ... :D



Bahan 1 (dikisar)

1 inci Halia
1 inci Kunyit hidup

3 batang serai
5 ulas bawang putih

Bahan 2

Beberapa ketul Ayam (4 atau 5)

½ sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1 biji telur
daun kari
garam

Cara-cara memasak

1. Perap ayam dengan semua bahan 1 yg dikisar dan bahan 2 selama 45 minit atau sejam.
2. Dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing
3. Sedia dihidang ! Sedap dimakan ketika masih panas

p/s : jintan manis, jintan putih dan ketumbar boleh juga ditumbuk (mengikut selera masing2) dan boleh juga digantikn dgn rempah kari ayam..


Selamat mencuba : )

Friday, August 13, 2010

Kurma ayam



Assalamualaikum kawan-kawan.. Lama sungguh ina tak update blog .. maklumlah duduk kat rumah ni sebenonye biziiii memanjang .. tak abis2 dgn kerja & aktivitinya .. ade anak-anak kecik nih lagi lah kan .. Setiap setengah jam dia bagi kita ni kerja .. adehhh ..
Tup-tap, tup-tap, hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa yerk .. Menu apa agak2nya cik kak-cik kak nak berbuka jap lagi nih ..? Menu tunjuk-tunjuk kat bazar ke menu masak sendiri ?? eeeheheeee ..

Okeylah hari ni ina nak kongsi resepi biasa-biasa jer .. Ayam Masak Kurma .. Pada sesapa yang nak mencuba tu, silalah ambik pen & kertas untuk menyalin bahan2 nya yer .. ;D

AYAM MASAK KURMA

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam/ (dibersihkan & dipotong kecil)
5 s/b rempah kurma ayam/daging [bancuh dgn sikit air]
3 biji kentang [belah 4]
1 biji bawang besar [belah 4]
1 biji buah tomato
2 biji lada hijau [belah 2] *optional
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 s/b majerin
minyak
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak dan majerin . Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Kacau rata dan biarkan naik minyak.
2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga naik minyak semula.
3. Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendidih dan agak pekat.
5. Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api.
6. Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelahkan dan biarkan sehingga naik minyak semula dan pekat.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti. Selamat Mencuba! ;-)

Tuesday, July 27, 2010

Nasi Ayam Spesel


Haaa .. nih ina nak share ngan kenkawan resepi Nasi Ayam Spesel .. Ape yang spesel ?? Speselnya sebab buat sendiri .. Bukan beli .. hahahaha!
Rasa-rasanya ramai yang suka makan nasi ayam .. Nak-nak yang pree kan .. laju jer memasing melantak .. ekekeke ..
Okey, pada sesape yang ada masa & TERRRlebih ghajin, boleh ler try buat nasi ayam ni yerk .. meh kita nengok bahan-bahan yang diperlukan & caghe-caghenye ;D

Bahan-bahan untuk rebus :
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (tak potong pun boleh)
2 ulas bawang putih 2cm halia yang diketuk

Bahan-bahan untuk perap :
1 sudu besar kicap pekat
1sb sos tiram
1sm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair

Bahan sos :
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2sm halia
1 sudu teh cuka, garam & gula
1/2 cawan air

Bahan untuk sup
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar dikisar
rempah sup
garam
daun sup dihiris

Bahan untuk nasi :
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1sm halia ~ ditumbuk
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
Air rebusan ayam secukupnya
sedikit garam

Cara ;-)

1. Ayam dipotong ikut suka besarnya ( tak potong pun boleh, tiada paksaan .. ekekeke )
~ bersihkan dan lumurkan dengan 2 ulas bawang putih yang ditumbuk dan 2 sm halia yang diketuk ~ rebus hingga empuk.

2. Toskan ayam dan perap dengan bahan2 untuk perap selama 15-20 minit. Goreng hingga garing.

3. Basuh beras & toskan. Panaskan butter, tumis halia & bawang putih hingga garing. Masukkan beras. Bila dah terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya & garam. Masak seperti biasa.

4. Untuk sos ~ Blendkan semua bahan diatas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar..kalau suka lah ..

5. Untuk sup ~ Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam & daun sup tadi. Dahh siapp ..