UmiYgBizi

Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Puding Buih *tak berkuah*




Bahan2 Untuk Puding
20 gram agar2
4 cawan air@900ml
1/2 cawan gula halus
5 biji putih telur
1 s/k esen vanila

Cara2 Menyediakan Puding

Masak agar2 dengan gula bersama 4 cawan
air. Kacau2 supaya agar2 benar2 hancur..
Pukul putih telur sehingga ringandan bila
diterbalik mangkuk, tak jatuh texturnya....
Masukkan esen vanila dan pewarna sambil
dipukul dengan kelajuan yg perlahan. Bila dah sebati masukkan agar2
sedikit demi sedikit sambil dipukul
sentiasa dengan mixer. Pukul adunan
sehingga agar2 menjadi suam dan bolehlah
tuangkan ke dlm acuan.
Buat puding ni kena cepat sebab ia
cepat keras..

**Petua nak bagi puding ini elok kena
kacau dengan mixer sampai adunan sejuk dan
mesti pastikan mixer sampai bahagian bawah
adunan.Kalau tak sampai pada semua
bahagian,bahagian yang tak kena tu akan jadi agar-agar.

Puding Buih Berkuah



Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )

1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
Pewarna dan paste ikut citarasa ~ Ina gunakan pewarna kuning dan paste jagung manis, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur

UTK KUAH
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

Masak agar2 bersama air, gula & daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.

Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu.
Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

** Ina punya style~ Pukul KUNING TELUR dulu sampai gebu , kemudian BARU PUKUL PUTIH TELUR sampai gebu juga ..then satukan jadikan sebekas, pukul sekejap lagi utk sebatikan ..**

Tuangkan adunan agar2 ke dlm adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan ke dlm acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dlm mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan ke dlm peti ais.

UTK MEMBUAT KUAH:

Masukkan kesemua bahan ke dlm periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dlm peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dlm mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.

TIPS PENTING MENGELAK PUDING DARI JADI 2 LAPIS..!

**Pastikan agar2 betul2 suam sebelum dimasukkan ke dlm adunan telur untuk mengelakkan puding menjadi DUA LAPIS..!

** Pastikan sukatan agar2 adalah betul.. kalau agar2 kurang dr sukatan di atas, puding juga akan menjadi DUA LAPIS..

** Pastikan telur dipukul betul2 gebu & kembang ..

Thursday, December 9, 2010

Puding Gula Hangus


Puding gula hangus ni dah lama dah ina buat..Tapi baru hari ni teringat nak letak resepinya..Puding ni time bulan puasa senang ler nak mencarinya..Biasa derang jual sepotong dalam singgit ke singgit setengah kan..Sebab nak membuatnya banyak gunakan telur.. pasal tu ler jadi mahal..


Pada yang suka makan benda-benda manis,mesti gemar puding nih..sebab ianya memang manissss..tapi hati-hati gak kan..makan makanan manis ni memang sedap..bila dah terkena kencing manis hmmmm terpaksa berpantang lah nak makan benda-benda manis ... 
Okeylah pada yg nak mencuba buat puding ni,salin resepi di bawah ni yer.. 

Bahan-bahan
• Telur (saiz besar) 7 biji
• Susu Isian Pekat Manis 460ml ~kurangkan sikit kalau x kuat manis
• Gula Pasir 3 sudu besar
• Garam 1 sudu kecil ~utk rasa lemak
• Tepung Kastard 2 sudu besar
• Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
• Loyang bersaiz diameter 15~20cm

Cara membuatnya

1. Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit..

2. Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.

3. Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.

4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.

5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.

6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk .

Selamat Mencuba !  : )

Friday, August 13, 2010

Puding Kastard

Salamm .. Tadi ina dah kongsi resepi kurma ayam .. Nih nak kongsi resepi Puding Kastard .. Time bulan puasa nih, sure banyak puding kastard dijual kat bazar ramadhan kan .. Tapi susah nak jumpa yang betul-betul sedap .. Biasa kuahnya cair dan kurang lemak .. so kalau nak sedap, buat ler sendiri .. Gerenti puas hati hasilnya .. hehehe ..


Bahan-bahannya simple aje .. Nak buat pun senang .. Ina tak bubuh pun buah-buahan koktel atau apa2 hiasan .. sebab takde stok plus anak2 suka makan mcm tu jer .. so, kalau kenkawan nak hias dengan kismis ker, buah prune ker, buah2an dalam tin tu ker , terpulang lah yerk .. ikut selera anak tekak memasing .. ekekekkek ;D



Bahan-bahan untuk puding
2 cawan tepung bird kastard
2cwn susu cair F&N
1 cawan gula castor
9 cawan air

Bahan-bahan untuk kuah
2 cawan susu cair F&N
1 cawan gula castor
2 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar tepung kastard yang dibancuh dgn sedikit air * utk pekatkan kuah

CARA buat PUDING
1. Tepung kastard,susu cair,gula kastor dicampur ke dalam periuk.
2. kacau dahulu sehingga sebati bahan2 itu. Kemudian letakkan periuk ke atas api sederhana.
3. kacau tanpa henti hingga meletup-letup & berkilat.
4. Setelah itu tuangkan ke dalam acuan. Dah sejuk bolehlah dihidangkan dengan kuah.


CARA buat KUAH
1. Campurkan susu cair, gula kastor, esen vanilla dan air ke dalam periuk. Kacau sebati di atas api yang sederhana.
2. Masukkan bancuhan tepung kastard bagi memekatkan kuah tersebut. Kacau lagi hingga mendidih. Kemudian sejukkan, dan boleh lah dicurahkan ke atas puding tadi.