Awwwwwww cakkkkk!! aaaaaaa ... ;D Salammmmm semuaaa .. Ni ina nak cerita pasal buat lempuk .. ina ni sukaaaa sangat makan lempuk .. masa ngandungkan anak nombor tiga, ina ngidam nak makan lempuk .. tapi taktau nak beli kat mana .. masa tu bukan musim durian, lagilah payah nak jumpe lempuk .. puas dah cari kat kedai2, kat pasar2 di pasir gudang ni .. tak jumpe-jumpe gak .. dodolll banyak la pulakk kat sini .. last2 ina oder ikut internet .. lempuk dari kelantan mari .. dapattt jugak ler makan akhirnya ..
Sekarang ni ina teringinnn sangat nak makan lempuk .. Asal perut maju ke depan je, tingat lempuk .. lempukkkk ohhh lempukkk.. ape leh buat dah pebereettttt .. sekarang baru ina tau rupa2nya cara nak buat lempuk ni sangat-sangatlah mudahhh wehhh .. haishhhh .. napelah haku tak tau sebelum ni bahawasanya cara nak buat benda alah ni cukuppppplah mudahh .. tak payoh ler susah2 fenin2 kepala otak ni nak mengoder kut online .. ishh .. ishh .. ishhhh ...
Okeylah .. mari kita tengok camana nak buat lempuk nih ..
Bahan utamanya sudah semestinyalah durian kan .. kalau buh petai atau kerdas tak menjadikla pulak .. Ambik isi durian tu, bubuh dalam kuali pastu bubuh gula dalam 6 sudu besar & sedikit gula melaka yang dihiris.. Ikut atas korang lah kalau suka manisssss & nak dapat kencing manis cecepat lebihkan lagi yerk , kalau kurang suka manis, kurangkan lah gula tu .. Bergantung atas anak tekak memasing lah kannn .. eheheehe .. Pastu masukkan secubit garam ..
Aaaaaaa .. tu dia rupa isi durian ngan gula sebelum proses buat lempuk dijalankan. Kemudian kacau isi durian ngan gula tu atas api yang perlahan tanpa henti. Api jangan kuat sangat, nanti gula tu hangus. Kacau sampai rupanya bertukar jadi perang dan tidak melekat di kuali.
Ni rupa lempuk yang dah hampir nak siap...
Taraaaaa .. okey .. inilah hasil lempuk yg ina dah buat .. Lepas ni kalau nak makan, boleh ler buat sendiri key .. :D
Thursday, July 29, 2010
Wednesday, July 28, 2010
Donut
Salammmmmm .. korang suka makan donut?? Mesti ramai yang suka makan kannn .. dan yang sohihnya selalu beli kat kedai, yer dak ..?? ekekeke .. Apa kata cuba try test buat sendiri pulak .. Resepi yang ina nak kongsikan nih, insya'allah .. menjadiknye donut korang tu nanti .. Hasilnya memang gebusss & lembut walopon dah sejuk ..
Bebaru ni ina ada beli Dunkin Donut .. singgah beli pasal nak alas perut anak pompuan yang baru balik sekolah .. sebab lepas ambik dia tu, tak terus balik umah .. ada hal sikit nak ke satu tempat .. risaukan takut dia kelaparan singgah ler kat dunkin donat .. bila tengok & belek2 dunkin donut yang dah dibeli tu, dalam hati berkata, ishh .. ishhh .. lembut lagi donut yang haku buat .. hehehe .. ;-P
Okeylaaa .. masa dah suntuk ina nak berceloteh panjang2 .. jomlah kita semak resepi donut nih ..
Bahan-bahan:
20 g yis basah (fresh yeast / compress yeast) - kalau guna yis kering segera sebyk 6 g saja tapi best yis basah
125 ml susu segar suam
25 g mentega } dicairkan
2 kuning telur
250 g tepung gandum
1-2 sudu besar gula castor
minyak utk menggoreng
gula castor secukupnya utk taburan
Cara membuat:
1. Campurkan yis dgn sedikit susu, kacau. Kemudian masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula, kacau sebati.
2. Ayakkan tepung ke dlm mangkuk adunan yg lain, curahkan campuran yis tadi di tengah2 tepung kemudian gaul sebati.
3. Uli adunan sehingga menjadi doh yg licin (tidak melekat dijari) kemudian masukkan doh kedlm mangkuk besar, tutup dgn kain lembab selama 1 jam.
4. Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm
5. Ambil penerap bulat, terap hingga habis
6. Biarkan donut tadi atas dulang yg telah disapu dgn sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 min
7. Goreng sehingga keperangan dgn api perlahan
8. Angkat dan toskan minyak nya bila sejuk bolehlah digaul kan dgn gula halus
** kalau nak cepat tak payah terap .. Cubit aje doh tu sikit2 and then gentel bulat2 .. pastu tunggu dia 'membesar' dari saiz asal, kendian baru digoreng ..
** Sedikit info ~ Yis basah tu nama saintifik nye Compressed Yeast .. kalau pegi supemarket ianya diletak kat bahagian frozen .. Warnanye coklat, berbentuk 4 segi & baunye busyuk ..
Ade jual mcm2 brand & saiz .. Ina beli saiz yg paling kecik 60..gm - RM1.20 .. Yis basah kena bancuh dgn air suam bergula /susu suam utk menaikkan dia .. berbeza dgn yis kering @ mauripan tu, coz yis kering boleh terus dicampurkan ke dlm tepung .. ;))
Kuih Kole Kacang & Kuih Bakar
Salam semua .. Hishhh, bizi sunguh ina ni sebenarnya .. Semalam hajat di hati nak menggosok baju-baju tok laki, tapi tak berjaya jugak .. Jangan katakan selai berjaya digosok, seterika pun langsung ina tak nyalakan .. Tertangguh lagi list kerja-kerja haku .. uhukkk ..
Okey, ni ina nak berkongsi resepi kole kacang & kuih bakar .. Kole kacang ni ina pernah buat jual masa bulan ramadhan tau .. Saja suka2 .. Tolong penuhkan meja bazar ramadhan kawan sebelah umah ni haaa ..
Bahan-bahannya simple aje .. Nak buat pun senang sangat .. Tak sampai setengah jam dah siap .. Tadelah sampai berpeloh2 ketiak korang nak nunggu kuih ni masak & dimakan .. ehehehe .. Jom kita check resepi di bawah ..
Kole Kacang
Bahan-bahan 200gm tepung kacang hijau
150gm gula
80gm gula mera
750ml santan cair
250ml santan pekat (isi garam skit) ~ dijadikan tahi minyak
CARA
1. Gaulkan semua bahan & masakkan sehingga adunan pekat & berkilat
2. Tuangkan adunan ini dlm loyang & sejukkan
3. Taburkan tahi minyak ke atas kuih tadi
KUIH BAKAR
Bahan-bahan
A. 12 helai daun pandan + 200 ml air
B. 210 gm tepung gandum + 1/2 sudu teh garam
C. 3 biji telur Gred B
D. 250 ml santan pekat
E. 200 ml air + 200 gm gula & pewarna hijau ( **kuih bakar ni manisnya ala-ala aje, kalau kenkawan nak manis lagi, boleh tambahkan sikit lagi gula)
CARA
1. Blend bhn2 A & ambil jusnya.
2. Blend A, B, C & D.
3. Didihkan bahan E. Sejukkan & campurkan bersama bhn2 yg telah diblend.
4. Sapukan loyang dgn sedikit butter. Bakar sehingga masak.
Sardine Rolls
Assalamualaikum .. Makan ape pagi tadi kawan2 semua ?? .. Breakfast tadi ina buat sardine rolls .. Ina memang suka guna resepi ni setiap kali nak buat sardin rolls .. suami & anak2 pun suka makan .. exceli nih menu kedua untuk breakfast .. menu utama nasik lemak & nasi dagang yang dibeli .. hahaha ..
Tapi sekejap je licin sardin rolls ni korang wehh .. anak pompuan ina langsung tak sentuh nasik lemak @ nasi dagang yg dibeli tu .. dia duk hadap sardin rolls ni aje sampai burppp sendawa .. alhamdulillah ..
Cara nak buatnya mudah & ringkas .. budak darjah satu pun boleh buat .. hehehe ..
mari kita tengok bahan-bahan & cara-caranya ..
Bahan-bahan ( 6 sardine rolls )
* *1 tin kecil Sardin Cap Ayam
* *1 biji bawang besar (dicincang) * *1 biji cili merah (cili basah)
* *2 biji limau kasturi (ambil perahan)
* *Mayonise, lada sulah & garam (sesedap rasa)
* * Breadcrumbs
# 1 bj telur (dipukul - utk celup roti)
# Sedikit air masak (untuk celup roti)
*Inti*.Goreng bawang sehingga separuh masak dan masukkan sardin. Hancurkan sardin kemudian masukkan cili yg telah dihiris. Masuk garam secukup rasa.Agak2 cili dah layu tutup api. Masukkan mayonis dan lada sulah mengikut kehendak anda. Gaul & ketepikan.
# Gelek setiap keping roti. Ikut suka nak buang atau tidak tepi roti. Selepas itu, sapu rata sardin ke atas roti & gulung. Buat sehingga habis.
# Sediakan pinggan roti yg telah digulung, pinggan yg berisi air masak, pinggan telur yg telah di pukul dan pinggan breadcrumbs. # Sementara itu panaskan minyak dengan api yg sederhana perlahan
# Kenakan sekeliling roti (yg telah digulung) dgn air, kemudian celup ke dalam telur dan kemudian golekkan keatas pinggan breadcrumbs dan TERUS MASUK kedalam kuali (minyak telah cukup panas).
Goreng sekejap sahaja sehingga kekuningan cukup utk memasakkan lapisan telur sahaja.
# Hasilnya sardin roll anda sedap, gebu, rangup dan tidak berminyak. Sedap di makan dgn sos atau dimakan begtu saja. Cubalah!
** Tujuan roti tu dicelup dengan air terlebih dahulu sebelum dicelup dengan telur adalah untuk menghasilkan sardin rolls yang gebu,lembut & ringan .. :))
Gulai Nasi Dagang Ikan Aye / Tongkol
Wokeh .. tadi ina dah tunjukkan cara - cara nak buat nasi dagang, sekarang jom kita belajar buat kuahnya pulak .. Kuah nasik dagang ni memang beshh
Menurut dari sumber resepi kuah nasi dagang ni, ianya diperturunkan dari tukang masak nasi dagang almarhum ayahanda Sultan Mizan ..
Mana-mana orang yg dah try buat guna resepi ni, semua puji kata kuah ni sedap & derang siap dapat pujian dari tok laki & mak mertua lagi, walopon baru pertama kali buat .. Tengoookkkk, bisa tak bisa nye resepi nih .. ekekekek
Oklah .. Resepi kuah ni adalah utk 25 orang makan .. Errr pepandailah korang sukat bahagi, tambah bahan2 kat bawah nih bersesuaian dengan bilangan AJK dalam rumah memasing yerkkk .. Mari kita study bahan-bahan & cara-caranya ..
Bahan - bahan ( 25 org makan )
- 4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan@gula melaka. Segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa. Air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti
- 1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
- 1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
- segenggam lengkuas setelah dihiris
- 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
- 1 labu bawang putih (yang besar)
- 2 inci halia
- 3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
- 1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
- kerisik dari 1/2 biji kelapa
- 4 keret besar nisan
- santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
- 2 inci kulit kayu manis
- Semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
- Masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
- Masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)
Tuesday, July 27, 2010
Nasi Dagang
Nasi dagang ni adalah nasi dagang pertama hasil dari air tangan ina .. Sebelum ni tak kompiden langsung nak buat nasik dagang .. Disebabkan tok laki ina memang berahi/gemor sangat-sangat makan nasik dagang, (oghang ganung kang ) so ina pun nekad ler buat .. Jadi ke tak jadi belakang kira .. Apa yang penting buat dulu kannn .. Jom kita peratikan bahan-bahannye, ye cik kak-cik kak .. ;-)
Bahan-bahan:
4 cawan beras siam
1 cawan beras pulut 1 biji kelapa - jadikan (2 cawan santan cair & 1 3/4 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus
2 cm halia - dimayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam (paras rata)
Cara membuatnya:
1. Beras dibersih dan direndam dengan air selama lebih kurang 6 jam sebelum dikukus.
2. Letak pengukus atas dapur dan masukkan air
3. Sementara itu, campurkan santan pekat dengan garam . Kacau hingga hancur garam tersebut.
4. Bila air di dalam pengukus menggelegak, masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak.
5. Bila separuh masak, angkat nasi kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair keatasnya dan kacau hingga rata.
6. Kemudian masuk balik ke dalam pengukus, kukus sekali lagi hingga masak.
7. Bila masak, sekali lagi angkat masukkan ke dalam bekas besar tadi lalu siram dan gaulkan nasi dengan santan pekat, halba, halia dan bawang yang dimayang tadi.
8. Kacau sehingga rata dan sebati . Sedia untuk dihidangkan.
Nota: Jika lubang pengukus besar, utk mengelakkan nasi banyak gugur ke bawah bolehlah lapik dgn daun pandan/daun pisang sedikit.
(JANGAN lapik sehingga tertutup semua lubang nanti nasi lambat / tak masak pulak)
Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut
Kek ni first time ina try buat .. Alhamdulillah menjadik sarangnya .. Sedap pulak tu .. Pada kenkawan yang nak try buat, jom salin resepi ni ekk .. Kalau ikut step by step gerenti menjadik punye .. Kalau tak menjadik jugak, sah masa kecik2 dulu tangan korang tak dibedung .. ekekeke
Bahan untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali .. Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
Bahan untuk kek
4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Cara-caranya
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanilla.
Last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 60 minit suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.
*Oven ina takde api atas .. so, ina bakar pakai api bawah je smpai kek tu masak .. Alhamdulillah .. menjadik gak .. :)
Apam Warna-Warni
Adunan apam sebelum dikukus ..
Resepi apam ni ina dah ada letak kat Fb .. sebab nak penuhkan koleksi makanan kat blog ni, ina letak pulak resepi tu kat sini .. hehehe .. Senang aje nak buat apam nih kenkawan wehh .. Jom kita tengok resepinye ..
Bahan-bahan
• 250 g tepung berserbuk penaik
• 200 ml santan
• 200 g gula halus
• 2 biji telur Gred A
• 1 camca teh vanila esen
• 1 camca makan ovallate
• Secubit garam
• Pewarna merah, kuning dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
3. Bahagi 3. Satu diwarnakan kuning, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
4. Dalam loyang yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian kuning pada atasnya.
5. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.
Nasi Ayam Spesel
Haaa .. nih ina nak share ngan kenkawan resepi Nasi Ayam Spesel .. Ape yang spesel ?? Speselnya sebab buat sendiri .. Bukan beli .. hahahaha!
Rasa-rasanya ramai yang suka makan nasi ayam .. Nak-nak yang pree kan .. laju jer memasing melantak .. ekekeke ..
Okey, pada sesape yang ada masa & TERRRlebih ghajin, boleh ler try buat nasi ayam ni yerk .. meh kita nengok bahan-bahan yang diperlukan & caghe-caghenye ;D
Bahan-bahan untuk rebus :
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (tak potong pun boleh) 2 ulas bawang putih 2cm halia yang diketuk
Bahan-bahan untuk perap :
1 sudu besar kicap pekat
1sb sos tiram
1sm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair
Bahan sos :
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2sm halia
1 sudu teh cuka, garam & gula
1/2 cawan air
Bahan untuk sup
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar dikisar
rempah sup
garam
daun sup dihiris
Bahan untuk nasi :
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1sm halia ~ ditumbuk
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
Air rebusan ayam secukupnya
sedikit garam
Cara ;-)
1. Ayam dipotong ikut suka besarnya ( tak potong pun boleh, tiada paksaan .. ekekeke )
~ bersihkan dan lumurkan dengan 2 ulas bawang putih yang ditumbuk dan 2 sm halia yang diketuk ~ rebus hingga empuk.
2. Toskan ayam dan perap dengan bahan2 untuk perap selama 15-20 minit. Goreng hingga garing.
3. Basuh beras & toskan. Panaskan butter, tumis halia & bawang putih hingga garing. Masukkan beras. Bila dah terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya & garam. Masak seperti biasa.
4. Untuk sos ~ Blendkan semua bahan diatas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar..kalau suka lah ..
5. Untuk sup ~ Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam & daun sup tadi. Dahh siapp ..
Kuih Bakar Labu
Hai kenkawan .. 2-3 hari lepas ina duk operasi ke peti ais .. kemas-kemas & buang segala tok nenek yg dah expired dalam tu .. banyak gak kooo bende2 yang dah bertuko rupe jadik macam alien .. huhuhu .. dalam duk mengemas tu, ternampak lah labu manis yg dah hampir2 nak monoposss .. duk pikir2 nak buat ape lah ngan labu nih .. last2 ina buat Kuih Bakar Labu .. laku anak2 makan korang wehhh .. tok laki ina yang kurenggg makan labu pon, tak sedo dia dah ngap punyelah banyak .. kihkihkih .. ;-p
Pada sesape yang berminat nak buat kuih bakar labu nih, jom kita tengok resepinya ..
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur
500 ml santan (atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)
200 g tepung gandum
220 g gula halus
1/2 camca teh garam 1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, direbus hingga lembut dan lecek hingga halus
** ina guna separuh aje adunan kat atas tuh, sebab labu yang dah nak monopos tu tinggal sikit aje ..
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan bahan2 diatas dalam blender, then blend kan sampai betul2 sebati.
- Tuang adunan dalam acuan kuih bakar yg telah dilenser dgn mentega, dan bakar selama 5-10 minit.
- Dah masak, angkat dan boleh ler dihidangkan. Selamat mencuba ;-)
Nasi Impit Sambal Ikan
Salam Selasa kenkawan .. Nih la rupe sambal ikan yang ina nak buat tu .. berjam-jam duk kat dapo nak siapkan sambal nih .. duk goreng pun sambil duduk atas kerusi, ala2 cam orang tua sakit lutut giteww .. tak tahan wehh, takut bengkak kaki ni berdiri lama2 .. maklumlah perot tengah maju ke depan skrg nih .. tak tahan berdiri lama2 ..
Exceli tergerak hati ina nak buat sambal ikan ni lepas menyugi ke peti ais .. tengok lah kat ikan2 yg dah pucat lesi .. kalau digoreng atau buat lauk, kompem dah tak fresh .. dan mmg sohih tade sape lah yg sudi nak makan ikan2 tu .. nak campak bagi kucing makan kat belakang dapo , nanti derang naik syiokkk, terus-terusan datang and buat jamban lak kat belakang dapo tu .. serikkk dahhh bagi muka kat kucing2 liar belakang umah ni .. merata2 dibuat jamban ..
Banyak pulak membebel haku nih .. sambal ikan ni jugak peberet tok laki ina tau .. bersungguh tengok dia makan .. kihkihkih .. okey mari kita tengok resepi sambal ikan ni yer .. Sambal ni sedap jugak dimakan dgn roti atau pulut .. :))
Bahan
Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)
Bahan B
Ikan selayang 5 ekor (rebus ambil isinya)
Serai 5 batang (hiris)
Bawang kecik 5 ulas
Bawang putih 1 ulas
Halia 1 inci
2 sudu besar cili kisar
Gula melaka 2 keping dihancurkan
garam secukup rasa
Cara
1. Blender bahan B kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng. Gorengkan di atas api sampai kering. Masukkan perasa.
Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka. Kerana sambal nasi impit yang rasanya sedikit manis baru ada umph!
2. Supaya sambal kelapa nampak cantik dan sedap blender lagi dengan blender kering agak-agak separuh lumat. Pas tu boleh dihidangkan. Selamat mencuba !
Monday, July 26, 2010
Dah Subuh Laaaa
Salam subuh semua .. Asyik duk tukar- tukar layout blog, buat itu ini, tak sedar dah pukul 6 pagi .. Uwaaaa ...!! Tak tido lagi nih .. Hujan plak mencurah-curah kat luar .. Aikkk .. menjadik ker projek nak buat nasi himpit ngan sambal hitam ni .. ? Macam geeelapppp jer harapan nak makan .. kwang .. kwang .. kwang .. okeylaaa nak rest dulu barang setengah jam .. sakit habis belakang badan nih .. * kan sesaje jer dapat sakit .. ;-P
Hari Pertama Berblog
Salam .. Tengok orang2 duk berblog, ina pon nak try berblog gak .. Tak sangka pandai gak makcik ni create blog setelah sekian lama duk jadik silent reader kat blog2 orang yang majoritinya tak dikenali .. Kih .. kih .. kih ..
Jam dah pukul 3.30 pg nih .. Esok nak bangun awal, hajatnye nak buat sambal hitam makan ngan nasik impit .. Mintak2 hujan tak lebat ler awal2 pagi esok, takut terlajak kroh kroh, sambal hitam ke mana, nasik himpit ntah ke mana .. ok .. nak mengadap bantal dah .. tataaa
Jam dah pukul 3.30 pg nih .. Esok nak bangun awal, hajatnye nak buat sambal hitam makan ngan nasik impit .. Mintak2 hujan tak lebat ler awal2 pagi esok, takut terlajak kroh kroh, sambal hitam ke mana, nasik himpit ntah ke mana .. ok .. nak mengadap bantal dah .. tataaa
Subscribe to:
Posts (Atom)