UmiYgBizi

Monday, May 13, 2013

Tom Yam Seafood



Bahan bahan


1 -2 bungkus paste Tomyam Adabi
udang
sotong
ketam
lala
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 in lengkuas-di ketuk
2 batang serai-di ketuk
lobak merah
cendawan
bunga kobis
(terserah nak banyak mana sayuran ini)
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato
2 biji limau nipis
3 sb susu cair
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar -

Rebus udang, sotong, lala dlm 1 minit..tos kan..dan ketepikan dulu.

Rebus 2 1/2 cawan air .Masukkan bawang besar,bawang putih dan daun limau purut,serai,cili padi dan lengkuas.

Biarkan sebentar
Bila sudah mendidih masukkan sayur2an.
Kemudian masukkan pes tom yam Adabi ,perahan limau nipis dan garam.

Kemudian masukkan sea foods yg direbus td.

Padamkan api masukkan susu cair dan daun ketumbar..

Siap..;))

No comments:

Post a Comment