UmiYgBizi

Monday, May 13, 2013



Kek Pelangi Puding Karamel





RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:

2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)


Cara-cara:

1.Masukkan gula di tengah loyang kek.
2.Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
3.Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang
4.Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang
5.Ketepikan dan sediakan pula adunan puding

** Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dgn adunan puding dan kek nanti..**


Bahan-bahan untuk Puding

400ml fresh milk / 1 tin susu cair
3 biji KUNING TELUR (Putih telur masukkan ke dalam mangkuk pengadun untuk 'meringue' nanti)
2 biji telur
140 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara:

1. Satukan 3 biji kuning telur dan 2 biji telur serta semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
2.Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
3. Ketepikan

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)

6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor

Cara-cara:

Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula castor.
Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
** Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah..**
Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh.. terus buat adunan ke-2 untuk kek.


Adunan 2:

3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
Matikan mixer.
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan . Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
Warnakan dengan warna pilihan anda.
Sudukan ke dalam loyang puding tadi.

Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk....


No comments:

Post a Comment