UmiYgBizi

Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Nasi Lemak Tumis


Bahan2..

3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam & gula secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia
hingga garing.

Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah
minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.

Pastu masak seperti nasi lemak biasa..



Sunday, August 15, 2010

Nasi Minyak Istimewa


Salam semuaaa .. Kenkawan suka makan nasik minyak ..?? Selalu makan yang kat kedai ke atau yang kat umah orang kawin ..? Sendiri bikin punya pernah makan tak ..? Aaaaa ...?? Tak pernah?? ishhh .. ishhhh .. Kesian .. kesian .. tak tau ker atau ade penyakit yang satu lagi .. penyakit ape?? alaaahhhh , wat-wat tak tau plak .. hehehe ..Cuba buat sekali nasik minyak dari air tangan sendiri .. Pakai resepi nih .. Gerenti suami ngan mak mertua puji sampai kembang sebesen .. ekekekek ..

Resepi nasik minyak nih memang ina dah buat banyak-banyak kali dah .. Hasilnya memang memuaskan hati .. Tak rugi mencuba tau ..


Aduih asik cerita pasal nasik nih, makin berkeriut-keriut perut ina ni haaa .. jom ler kita mentelaah resepi dan cara-cara kat bawah nih ..


Bahan-bahan
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar mentega atau marjerin
Bahan A
2 labu bawang besar, dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm hala, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
3 biji buah pelaga, dititik
3 cawan air
½ cawan Krimer Sejat Rendah Lemak IDEAL
500 gm beras basmati, basuh & tuskan
3 camca teh Serbuk Pati Ayam MAGGI
Bahan B
¼ cawan bawang goreng
¼ cawan kismis
1 biji hirisan cili merah
daun pudina *optional
Cara Menyediakan:
  1. Panaskan minyak sapi dan mentega. Tumis bahan A hingga wangi.
  2. Masukkan air, Susu Sejat dan beras.
  3. Masukkan Pati MAGGI dan masak nasi bertutup hingga air kering dan nasi masak.
  4. Taburkan bahan B sebagai hiasan.

Nasi Lemak Tumis


Salam kenkawannn .. Sekarang ina ada masa free sikit .. So, boleh ler kongsi resepi lagi .. kali ni ina nak kongsi resepi Nasi Lemak Tumis .. setiap kali buat nasi lemak, memang ina pakai resepi ni .. Memang sedap hasilnya .. Baiklah .. pada sape-sape yang nak try masak nasik lemak nih, mari salin resepinya ..:))


Bahan: ( 5-6 orang )

3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sb halba
1 daun pandan
1 batang serai (dititik)
1 cm halia (dihiris halus)
2 biji bawang merah (dihiris halus)
garam secukup rasa
1 sk minyak + 1 sk minyak sapi


Cara:
  1. Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
  2. Masukkan air & santan, kacau hingga pecah minyak. Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai & garam.
  3. Pastu masak seperti nasi lemak biasa.
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/ikan tongkol/udang/sotong, timun, telur n ikan bilis goreng.

Nasi Kuning


Assalamualaikum .. Hari nih dah masuk hari ke-5 kita berpuasa yerk .. Cuaca hari nih mendung jer .. Ok la tu .. tak la rasa dahaga sangat .. Tapi perut pulak yang berkeriut-keriut .. ehehehe ..
Petang semalam, suami tanya hari nih berbuka apa? Ina jawab, "Nak buat nasik kuning .. "Nasi kuning???", balas suami .. " Eleh, macam la tak pernah dengo nasik kuning".. Ina kata kat dia ... "Oooooo" .. jawab suami .. Baru dia ingat ..

Tengooook, punyalah lama suami tak makan nasi kuning semenjak berhijrah ke negeri orang nih, sampai dah hilang ingatan kejap ape tu nasi kuning ..
errrrr plus bininya pun tak pernah buat .. semalam baru first time buat .. mana suami tak hilang ingatan apa tu nasi kuning .. ekekekek ;-P


Nasi nih biasa jumpa kat negeri Terengganu .. Orang Terengganu biasa makan nasik nih dengan gulai ikan tongkol, acar timun & sambal belacan .. fuhhhh terrrangkat yuuuu .. Nyummm .. nyummmm ..

Okey, mari kita teliti bahan-bahan dan cara-cara penyediaan nasi nih yer ..


Bahan-Bahan
3 cawan beras- dibasuh dan ditoskan
3 cawan air- kadang2 sukatan air ikut jenis beras. Tapi kat sini untuk rujukan sahaja ye!
1/2 cawan susu cair -susu biasa pun boleh tapi bancuhkan dengan air dulu.
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
*bawang merah, bawang putih dan halia dikisar, dimayang pun boleh
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 batang cengkih
1 batang kulit kayu manis
garam dan gula secukup rasa
2 helai daun pandan
2 sudu teh pewarna kuning
Marjerin dan sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak
  1. Masukkan marjerin dan sedikit minyak untuk menumis kedalam periuk nasi.
  2. Bila minyak dah panas masukkan bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bahan2 kisar tadi.
  3. Agak2 dah naik bau, masukkan air, susu dan letak pewarna kuning. Masukkan beras, gula dan garam. Tutup periuk.
  4. Bila nasik dah mendidih bolehlah letak daun pandan. Tunggu sehingga masak. Sambil tu bolehlah kacau nasik bagi rata.

Tuesday, July 27, 2010

Nasi Dagang



Nasi dagang ni adalah nasi dagang pertama hasil dari air tangan ina .. Sebelum ni tak kompiden langsung nak buat nasik dagang .. Disebabkan tok laki ina memang berahi/gemor sangat-sangat makan nasik dagang, (oghang ganung kang ) so ina pun nekad ler buat .. Jadi ke tak jadi belakang kira .. Apa yang penting buat dulu kannn .. Jom kita peratikan bahan-bahannye, ye cik kak-cik kak .. ;-)

Bahan-bahan:

4 cawan beras siam

1 cawan beras pulut 1 biji kelapa - jadikan (2 cawan santan cair & 1 3/4 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus

2 cm halia - dimayang halus

3/4 sudu besar halba

1 sudu besar garam (paras rata)


Cara membuatnya:


1. Beras dibersih dan direndam dengan air selama lebih kurang 6 jam sebelum dikukus.

2. Letak pengukus atas dapur dan masukkan air

3. Sementara itu, campurkan santan pekat dengan garam . Kacau hingga hancur garam tersebut.

4. Bila air di dalam pengukus menggelegak, masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak.

5. Bila separuh masak, angkat nasi kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair keatasnya dan kacau hingga rata.

6. Kemudian masuk balik ke dalam pengukus, kukus sekali lagi hingga masak.

7. Bila masak, sekali lagi angkat masukkan ke dalam bekas besar tadi lalu siram dan gaulkan nasi dengan santan pekat, halba, halia dan bawang yang dimayang tadi.

8. Kacau sehingga rata dan sebati . Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Jika lubang pengukus besar, utk mengelakkan nasi banyak gugur ke bawah bolehlah lapik dgn daun pandan/daun pisang sedikit.


(JANGAN lapik sehingga tertutup semua lubang nanti nasi lambat / tak masak pulak)

Nasi Ayam Spesel


Haaa .. nih ina nak share ngan kenkawan resepi Nasi Ayam Spesel .. Ape yang spesel ?? Speselnya sebab buat sendiri .. Bukan beli .. hahahaha!
Rasa-rasanya ramai yang suka makan nasi ayam .. Nak-nak yang pree kan .. laju jer memasing melantak .. ekekeke ..
Okey, pada sesape yang ada masa & TERRRlebih ghajin, boleh ler try buat nasi ayam ni yerk .. meh kita nengok bahan-bahan yang diperlukan & caghe-caghenye ;D

Bahan-bahan untuk rebus :
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (tak potong pun boleh)
2 ulas bawang putih 2cm halia yang diketuk

Bahan-bahan untuk perap :
1 sudu besar kicap pekat
1sb sos tiram
1sm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair

Bahan sos :
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2sm halia
1 sudu teh cuka, garam & gula
1/2 cawan air

Bahan untuk sup
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar dikisar
rempah sup
garam
daun sup dihiris

Bahan untuk nasi :
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1sm halia ~ ditumbuk
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
Air rebusan ayam secukupnya
sedikit garam

Cara ;-)

1. Ayam dipotong ikut suka besarnya ( tak potong pun boleh, tiada paksaan .. ekekeke )
~ bersihkan dan lumurkan dengan 2 ulas bawang putih yang ditumbuk dan 2 sm halia yang diketuk ~ rebus hingga empuk.

2. Toskan ayam dan perap dengan bahan2 untuk perap selama 15-20 minit. Goreng hingga garing.

3. Basuh beras & toskan. Panaskan butter, tumis halia & bawang putih hingga garing. Masukkan beras. Bila dah terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya & garam. Masak seperti biasa.

4. Untuk sos ~ Blendkan semua bahan diatas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar..kalau suka lah ..

5. Untuk sup ~ Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam & daun sup tadi. Dahh siapp ..