UmiYgBizi

Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Triffle Pisang Lemak Manis



Bahan:-
  • 1 gulung swiss roll cake - inti blueberi atau ikut selera
  • 20 biji pisang lemak manis - (dapatkan yg baru nak kuning je tau, jgn yg masak) kupas kulitnya
  • 1 tin susu sejat Ideal
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1 biji kuning telor - dipukul sikit
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • *1 1/2 sudu besar tepung jagung ) * dibancuh
  • * 3 sudu besar air ) bersama
  • buah ceri - belah dua
  • minyak untuk menggoreng pisang
Cara-Cara:-
  1. Panaskan kuali, goreng pisang lemak manis (tanpa tepung) hingga berwarna coklat keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Potong 1/2 inci tebal kek gulung, susun di dalam bekas yang sesuai.
  3. Dalam periuk, campurkan susu sejat, gula, esen vanila dan telor. Masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sebentar hingga agak pekat. Tutup api. Biarkan sejuk sedikit.
  5. Tuangkan ke dalam bekas yang telah disusun kek gulung tadi.
  6. Aturkan pisang di permukaan triffle tadi serta hiaskan dengan ceri. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3 atau 4 jam sebelum dihidangkan.
# Note - Sila dapatkan pisang lemak manis yang baru nak masak (baru kuning sikit2) je tau, baru boleh digoreng, jgn beli yang masak dah kuning tu ok..x boleh nak goreng nnt, meresap minyak sakan lak.

Puding Buih *tak berkuah*




Bahan2 Untuk Puding
20 gram agar2
4 cawan air@900ml
1/2 cawan gula halus
5 biji putih telur
1 s/k esen vanila

Cara2 Menyediakan Puding

Masak agar2 dengan gula bersama 4 cawan
air. Kacau2 supaya agar2 benar2 hancur..
Pukul putih telur sehingga ringandan bila
diterbalik mangkuk, tak jatuh texturnya....
Masukkan esen vanila dan pewarna sambil
dipukul dengan kelajuan yg perlahan. Bila dah sebati masukkan agar2
sedikit demi sedikit sambil dipukul
sentiasa dengan mixer. Pukul adunan
sehingga agar2 menjadi suam dan bolehlah
tuangkan ke dlm acuan.
Buat puding ni kena cepat sebab ia
cepat keras..

**Petua nak bagi puding ini elok kena
kacau dengan mixer sampai adunan sejuk dan
mesti pastikan mixer sampai bahagian bawah
adunan.Kalau tak sampai pada semua
bahagian,bahagian yang tak kena tu akan jadi agar-agar.

Puding Buih Berkuah



Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )

1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
Pewarna dan paste ikut citarasa ~ Ina gunakan pewarna kuning dan paste jagung manis, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur

UTK KUAH
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

Masak agar2 bersama air, gula & daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.

Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu.
Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

** Ina punya style~ Pukul KUNING TELUR dulu sampai gebu , kemudian BARU PUKUL PUTIH TELUR sampai gebu juga ..then satukan jadikan sebekas, pukul sekejap lagi utk sebatikan ..**

Tuangkan adunan agar2 ke dlm adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan ke dlm acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dlm mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan ke dlm peti ais.

UTK MEMBUAT KUAH:

Masukkan kesemua bahan ke dlm periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dlm peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dlm mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.

TIPS PENTING MENGELAK PUDING DARI JADI 2 LAPIS..!

**Pastikan agar2 betul2 suam sebelum dimasukkan ke dlm adunan telur untuk mengelakkan puding menjadi DUA LAPIS..!

** Pastikan sukatan agar2 adalah betul.. kalau agar2 kurang dr sukatan di atas, puding juga akan menjadi DUA LAPIS..

** Pastikan telur dipukul betul2 gebu & kembang ..


Kek Pelangi Puding Karamel





RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:

2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)


Cara-cara:

1.Masukkan gula di tengah loyang kek.
2.Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
3.Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang
4.Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang
5.Ketepikan dan sediakan pula adunan puding

** Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dgn adunan puding dan kek nanti..**


Bahan-bahan untuk Puding

400ml fresh milk / 1 tin susu cair
3 biji KUNING TELUR (Putih telur masukkan ke dalam mangkuk pengadun untuk 'meringue' nanti)
2 biji telur
140 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara:

1. Satukan 3 biji kuning telur dan 2 biji telur serta semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
2.Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
3. Ketepikan

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)

6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor

Cara-cara:

Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula castor.
Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
** Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah..**
Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh.. terus buat adunan ke-2 untuk kek.


Adunan 2:

3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
Matikan mixer.
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan . Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
Warnakan dengan warna pilihan anda.
Sudukan ke dalam loyang puding tadi.

Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk....



PUDING KARAMEL





Bahan2 :
~ 400 ml susu segar/ 1 tin susu cair
~ 5 sudu besar gula halus
~ 3 biji telor
~ 2 biji kuning telor
~ 1 sudu teh esen vanila

Bahan utk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air


Cara2 membuat karamel
Masukkan 5 sudu besar gula bersama 1 sudu besar air ke dalam loyang.. masak atas api yg kecik.. kalau api besar nanti hangus pulak.. kacau2 guna sudu bg rata..

Bila dah bertukar kaler keperangan sedikit baru masukkan satu sudu air lagi.. make sure gula dah cair dan bertukar keperangan sepenuhnya..

Dalam mangkuk atau bekas, masukkan kesemua telor bersama dgn gula halus.. kacau menggunakan whisker..

Kacau perlahan je tau agak2 kasi gula tu sebati atau pun larut.. Jgn pukul beriya2 ..kemudian masukkan susu dan esen vanila .. kacau sebati ..
Lastly.. tuang adunan tersebut ke dalam loyang yg berisi karamel..

TAPIS ye adunan tu sblm tuang...sbb dalam adunan tu mesti ada putih telor yg berketul2

Kemudian kukus selama 30 minit dgn api sederhana.. Sekiranya selepas 30 minit tapi puding masih lembik, sila tambah lagi masa kukusan.. kukus lagi sampai puding betul2 masak..

**Pastikan periuk kukusan di panaskan terlebih dahulu..**

~Selamat Mencuba~ ;))


Wednesday, May 25, 2011

Agar-agar karamel

Jam kat Pc nih dah pukul 1.25 pagi..yeahhh..ina masih gigih lagi duk menaip & nak share resepi...kali nih nak share resepi Agar-agar karamel..resepi ina ambik kat blog mat gebu..
tapi kejadian agar-agar karamel mat gebu lagi cantik & romantisss gituu....ina punya agar-agar ni tersilap guna acuan...so, permukaan atas agar2 tu kurang menjadik...takper next time cuba hasilkan dengan kejadian yg lebih baik lagi...hihi..okey,mari kita salin resepi & cara2nya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly (boleh beli kat pasaraya)
600 ml air
300 ml susu cair
120 g gula halus
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir (kalau tak nak manis guna 3/4 cawan)*
3 camca besar air*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.
  2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
  3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...



Apam Beras

wah-wah-wah-wahhhhh..mentang-mentang berbulan-bulan tak update blog..skali update,hambik ko..dah 4 resepi ina duk tepek..ekekeke..yerlaaa..boronggg terusss kannn...lepas nih tak tau bila pulak akan update..esok ker,lusa ker,next week ker,next month ker...hohohoho...
Okey-okey malas nak celoteh panjang2..masa makin suntuk nih..kali nih ina nak share resepi Apam Beras..memang SEDAP giler resepi nih..tapi pas makan tadelah sampai jadi gilerrr..hihihi..
Exceli ina ade dua resepi apam beras ni..resepi yang satu lagi tu,lebih kurang sama gak bahan2nya..cuma resepi tu tak pakai brown sugar,dia pakai gula putih biasa...lain2 bahan sama aje,cuma sukatannya aje yang berbeza..dua-dua resepi tu ina buat menjadik..lembut aje..tapi bagi ina resepi yg ini lebih lembut lagi  kot..

Okey,jomlah kita tengok resepinya...
Bahan-bahan
* 2 cwn nasi
* 2 cwn tepung gandum
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn brown sugar
* 3/4 cwn gula
* 2 1/2 cwn air
* 1 sudu kecil yis (mauripan)
* kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. perap selama 3 jam.
6.masukkan dlm acuan kecil YG DISAPU SEDIKIT MINYAK dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap! (^__^)



Kek Marble

Okey, kali ni nak share resepi kek marble pulak..Ina dapat resepi ni dari kawan pages Kongsi Resepi  kat FB...

Exceli cabaran tul nak siapkan marble cake nih.. sebab ina buat berduet dengan apam beras..hihi..pastu cam biasalah, gangguan yg hebat dari hero2 lasak yg kecik2 kat umah nih, lagilahhhh mencabar keimananku untuk menyudahkan proses pembakaran kek & pengukususan apam..mujur gak menjadik akhirnya...^__~

Resepinya macam ni yer puan-puan,acik-acik,akak-akak & adik-adik...

Bahan-bahan..
1 butter ( 250gm )
2 cup/250g tepong sebaguna + 1sudu baking powder ( ayak)
1 cup/250g castor ( atau 3/4 cup )
1/4 cup cocoa powder
4 biji telor Asize
100ml susu segar
2tbs susu pekat
esen vanilla.

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang. masukkan telor satu2. masukkan susu segar dan pekat berserta vanilla. kacau rata. masukkan tepong sikit2, kaup balik guna spatula.
2. Bahagikan 2. satu di campor cocoa.
3. Selang-selikan adunan sampai habis.
4. Bakar 180-200c selama 45-1jam.

SELAMAT MENCUBA!!

Tuesday, May 24, 2011

Tart Telor

Assalamualaikum..Lamanya ina tak update blog...-_-...Bosan dengan line internet yang slow setiap kali tengah malam..Kdg2 tu langsung tak boleh nak surf...Ina tengah2 malam ler baru free sikit kalau nak menulis & mengarut kat blog ni..hehehe...Key..kali ni ina nak share resepi Tart telor..1st time buat guna resepi ni terus jatuh cinta..tak cari lain dah..hehe..anak2 & suami suka sangat2 makan tart telor nih....


Gambar yang  kat atas tu yang dah ke-3 kali ina buat..so, kejadiannya agak okey la sikit jika nak dibandingkan dengan kejadian rupa yang 1st time buat seperti gambar di bawah ni..hihi
    


Resepinya seperti kat bawah...

Egg Tart Recipe

* PASTRY
* 200g butter
* 80g gula aising
* 360g superfine flour
* 1biji telur
* 1/2 sudu kecil esen vanila

* FILLING :
* 1 cawan susu cair
* 4 biji telur
* 1 cawan gula
* 1 cawan air
* 1 sudu besar tepung kastard
* 1/2 sudu kecil esen vanila
* pewarna kuning

 

Cara-cara

1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.


SELAMAT MENCUBA!!

Friday, December 10, 2010

Homemade coklat ice-cream

Haaaa...pernah tak kenkawan terfikir nak try buat ice-cream sendiri .. Senang jer tau nak buatnya..Tapi beli lagi ler senang..Hulur duit,terus boleh makan..hehehe ...alahh..sesekali cuba buat eksperimen benda2 yang belum buat apa salahnya kan..lebih-lebih lagi kalau menjadi..syiokkkk dan hilang penat menggodek-godek tu .. ;-P

Rasa ice-cream ni sebijik macam hat kita beli kat pasaraya tu..Memang sedap ! Pada yang nak mencuba dan buktikan yang dalam diri tu memang ada skill boleh buat homemade ice-cream,boleh ler salin & simpan resepi di bawah ni yer .. 

Bahan-bahan
2 1/2 cawan coffeamate (tepung krimer)
250 ml susu segar ( ina pakai susu full cream,sbb masa beli tu,main hambik jer ;-P)
1/2 cawan gula pasir
*Perasa coklat (Emulco)
- Optional (Kalau tak suka coklat,boleh tukar ke perasa lain)

Kat atas tu antara bahan2 yang ina guna untuk buat ice-cream ni..Pada yang tak tau apa tu Emulco, tu yg posing kat depan sekali tu..Yg pakai tudung hijau ,bertenggek atas bekas tu ..itulah dia coklat Emulco.. :)).. Okey jom kita tengok cara2 nak buatnya pulak ..

Cara-cara

1. Satukan coffeamate (tepung krimer), susu segar dan gula pasir. Pukul sekadar disebatikan.

2. Simpan dalam peti sejuk bahagian freezer selama 1 jam 1/2.

3.Keluarkan dan letakkan *coklat emulco. Pukul lagi dengan kelajuan maksimum selama 10 minit atau sehingga adunan menjadi pekat dan gebu.

4. Masukkan dalam peti sejuk bahagian freezer semula. Biarkan beku.

~ Selamat Mencuba ~ (^_^)v

Thursday, December 9, 2010

Puding Gula Hangus


Puding gula hangus ni dah lama dah ina buat..Tapi baru hari ni teringat nak letak resepinya..Puding ni time bulan puasa senang ler nak mencarinya..Biasa derang jual sepotong dalam singgit ke singgit setengah kan..Sebab nak membuatnya banyak gunakan telur.. pasal tu ler jadi mahal..


Pada yang suka makan benda-benda manis,mesti gemar puding nih..sebab ianya memang manissss..tapi hati-hati gak kan..makan makanan manis ni memang sedap..bila dah terkena kencing manis hmmmm terpaksa berpantang lah nak makan benda-benda manis ... 
Okeylah pada yg nak mencuba buat puding ni,salin resepi di bawah ni yer.. 

Bahan-bahan
• Telur (saiz besar) 7 biji
• Susu Isian Pekat Manis 460ml ~kurangkan sikit kalau x kuat manis
• Gula Pasir 3 sudu besar
• Garam 1 sudu kecil ~utk rasa lemak
• Tepung Kastard 2 sudu besar
• Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
• Loyang bersaiz diameter 15~20cm

Cara membuatnya

1. Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit..

2. Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.

3. Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.

4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.

5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.

6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk .

Selamat Mencuba !  : )

Friday, August 13, 2010

Puding Kastard

Salamm .. Tadi ina dah kongsi resepi kurma ayam .. Nih nak kongsi resepi Puding Kastard .. Time bulan puasa nih, sure banyak puding kastard dijual kat bazar ramadhan kan .. Tapi susah nak jumpa yang betul-betul sedap .. Biasa kuahnya cair dan kurang lemak .. so kalau nak sedap, buat ler sendiri .. Gerenti puas hati hasilnya .. hehehe ..


Bahan-bahannya simple aje .. Nak buat pun senang .. Ina tak bubuh pun buah-buahan koktel atau apa2 hiasan .. sebab takde stok plus anak2 suka makan mcm tu jer .. so, kalau kenkawan nak hias dengan kismis ker, buah prune ker, buah2an dalam tin tu ker , terpulang lah yerk .. ikut selera anak tekak memasing .. ekekekkek ;D



Bahan-bahan untuk puding
2 cawan tepung bird kastard
2cwn susu cair F&N
1 cawan gula castor
9 cawan air

Bahan-bahan untuk kuah
2 cawan susu cair F&N
1 cawan gula castor
2 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar tepung kastard yang dibancuh dgn sedikit air * utk pekatkan kuah

CARA buat PUDING
1. Tepung kastard,susu cair,gula kastor dicampur ke dalam periuk.
2. kacau dahulu sehingga sebati bahan2 itu. Kemudian letakkan periuk ke atas api sederhana.
3. kacau tanpa henti hingga meletup-letup & berkilat.
4. Setelah itu tuangkan ke dalam acuan. Dah sejuk bolehlah dihidangkan dengan kuah.


CARA buat KUAH
1. Campurkan susu cair, gula kastor, esen vanilla dan air ke dalam periuk. Kacau sebati di atas api yang sederhana.
2. Masukkan bancuhan tepung kastard bagi memekatkan kuah tersebut. Kacau lagi hingga mendidih. Kemudian sejukkan, dan boleh lah dicurahkan ke atas puding tadi.