UmiYgBizi

Sunday, August 15, 2010

Nasi Kuning


Assalamualaikum .. Hari nih dah masuk hari ke-5 kita berpuasa yerk .. Cuaca hari nih mendung jer .. Ok la tu .. tak la rasa dahaga sangat .. Tapi perut pulak yang berkeriut-keriut .. ehehehe ..
Petang semalam, suami tanya hari nih berbuka apa? Ina jawab, "Nak buat nasik kuning .. "Nasi kuning???", balas suami .. " Eleh, macam la tak pernah dengo nasik kuning".. Ina kata kat dia ... "Oooooo" .. jawab suami .. Baru dia ingat ..

Tengooook, punyalah lama suami tak makan nasi kuning semenjak berhijrah ke negeri orang nih, sampai dah hilang ingatan kejap ape tu nasi kuning ..
errrrr plus bininya pun tak pernah buat .. semalam baru first time buat .. mana suami tak hilang ingatan apa tu nasi kuning .. ekekekek ;-P


Nasi nih biasa jumpa kat negeri Terengganu .. Orang Terengganu biasa makan nasik nih dengan gulai ikan tongkol, acar timun & sambal belacan .. fuhhhh terrrangkat yuuuu .. Nyummm .. nyummmm ..

Okey, mari kita teliti bahan-bahan dan cara-cara penyediaan nasi nih yer ..


Bahan-Bahan
3 cawan beras- dibasuh dan ditoskan
3 cawan air- kadang2 sukatan air ikut jenis beras. Tapi kat sini untuk rujukan sahaja ye!
1/2 cawan susu cair -susu biasa pun boleh tapi bancuhkan dengan air dulu.
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
*bawang merah, bawang putih dan halia dikisar, dimayang pun boleh
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 batang cengkih
1 batang kulit kayu manis
garam dan gula secukup rasa
2 helai daun pandan
2 sudu teh pewarna kuning
Marjerin dan sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak
  1. Masukkan marjerin dan sedikit minyak untuk menumis kedalam periuk nasi.
  2. Bila minyak dah panas masukkan bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bahan2 kisar tadi.
  3. Agak2 dah naik bau, masukkan air, susu dan letak pewarna kuning. Masukkan beras, gula dan garam. Tutup periuk.
  4. Bila nasik dah mendidih bolehlah letak daun pandan. Tunggu sehingga masak. Sambil tu bolehlah kacau nasik bagi rata.

No comments:

Post a Comment