UmiYgBizi

Friday, December 10, 2010

Ayam Goreng Berempah


Wahhhhh!! Sedap tuuu...! Ayam goreng berempah lagi..(sila pokeskan mata anda kat ayam yer..ehehehe) Kalau makan time panas-panas..baru angkat dari kuali..fuhhhh..sampai tak sedar dah habiskan 4-5 ketul....Resepinya mudah aje kenkawan nak buat..Jika bahan-bahannya dah ada,dah cukup lengkap,dah cukup syarat..buatlah untuk insan tersayang...Air tangan yang sndiri bikin lagi power sebenarnya dari hat beli kat kedai..janji kita buat dengan penuh keikhlasan,lemah gemalai & penuh kasih sayang..kompem ayam berempah tu nanti jadik canteeekkkk & wangiiii jerrr mcm tuan hat membuatnye ...walaupun tuannya tu belom mandi ...ngeeeeee...


So, marilah sahut cabaran ina dengan mengetest buat ayam goreng berempah dengan menggorengnya di dalam kuali di rumah anda...Bukan digoreng kat kuali kedai mamak atau yang sewaktu dengannya ..:D
 Jom kita pakat serbu resepi dan cara-cara nak membuatnya ... :D



Bahan 1 (dikisar)

1 inci Halia
1 inci Kunyit hidup

3 batang serai
5 ulas bawang putih

Bahan 2

Beberapa ketul Ayam (4 atau 5)

½ sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1 biji telur
daun kari
garam

Cara-cara memasak

1. Perap ayam dengan semua bahan 1 yg dikisar dan bahan 2 selama 45 minit atau sejam.
2. Dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing
3. Sedia dihidang ! Sedap dimakan ketika masih panas

p/s : jintan manis, jintan putih dan ketumbar boleh juga ditumbuk (mengikut selera masing2) dan boleh juga digantikn dgn rempah kari ayam..


Selamat mencuba : )

No comments:

Post a Comment