UmiYgBizi

Wednesday, July 28, 2010

Gulai Nasi Dagang Ikan Aye / Tongkol



Wokeh .. tadi ina dah tunjukkan cara - cara nak buat nasi dagang, sekarang jom kita belajar buat kuahnya pulak .. Kuah nasik dagang ni memang beshh
Menurut dari sumber resepi kuah nasi dagang ni, ianya diperturunkan dari tukang masak
nasi dagang almarhum ayahanda Sultan Mizan ..
Mana-mana orang yg dah try buat guna resepi ni, semua puji kata kuah ni sedap & derang siap dapat pujian dari tok laki & mak mertua lagi, walopon baru pertama kali buat .. Tengoookkkk, bisa tak bisa nye resepi nih .. ekekekek

Oklah .. Resepi kuah ni adalah utk 25 orang makan .. Errr pepandailah korang sukat bahagi, tambah bahan2 kat bawah nih bersesuaian dengan bilangan AJK dalam rumah memasing yerkkk .. Mari kita study bahan-bahan & cara-caranya ..

Bahan - bahan ( 25 org makan )

  • 4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan@gula melaka. Segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa. Air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti
  • 1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
  • 1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
  • segenggam lengkuas setelah dihiris
  • 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
  • 1 labu bawang putih (yang besar)
  • 2 inci halia
  • 3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
  • 1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
  • kerisik dari 1/2 biji kelapa
  • 4 keret besar nisan
  • santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
  • 2 inci kulit kayu manis
Cara -cara :-)
  1. Semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
  2. Masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
  3. Masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)
** ina masak kuah ni tadelah sampai 7 jam .. cuma ina rebus ikan tu pada belah petang sampai ke malam dgn mengunakan api kecil .. kendian biarkan semalaman, esok baru guna untuk buat kuah .. :)


No comments:

Post a Comment