UmiYgBizi

Tuesday, July 27, 2010

Nasi Impit Sambal Ikan


Salam Selasa kenkawan .. Nih la rupe sambal ikan yang ina nak buat tu .. berjam-jam duk kat dapo nak siapkan sambal nih .. duk goreng pun sambil duduk atas kerusi, ala2 cam orang tua sakit lutut giteww .. tak tahan wehh, takut bengkak kaki ni berdiri lama2 .. maklumlah perot tengah maju ke depan skrg nih .. tak tahan berdiri lama2 ..


Exceli tergerak hati ina nak buat sambal ikan ni lepas menyugi ke peti ais .. tengok lah kat ikan2 yg dah pucat lesi .. kalau digoreng atau buat lauk, kompem dah tak fresh .. dan mmg sohih tade sape lah yg sudi nak makan ikan2 tu .. nak campak bagi kucing makan kat belakang dapo , nanti derang naik syiokkk, terus-terusan datang and buat jamban lak kat belakang dapo tu .. serikkk dahhh bagi muka kat kucing2 liar belakang umah ni .. merata2 dibuat jamban ..

Banyak pulak membebel haku nih .. sambal ikan ni jugak peberet tok laki ina tau .. bersungguh tengok dia makan .. kihkihkih .. okey mari kita tengok resepi sambal ikan ni yer .. Sambal ni sedap jugak dimakan dgn roti atau pulut .. :))

Bahan
Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)

Bahan B
Ikan selayang 5 ekor (rebus ambil isinya)
Serai 5 batang (hiris)

Bawang kecik 5 ulas

Bawang putih 1 ulas

Halia 1 inci

2 sudu besar cili kisar
Gula melaka 2 keping
dihancurkan
garam secukup rasa


Cara

1. Blender bahan B kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng. Gorengkan di atas api sampai kering. Masukkan perasa.
Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka. Kerana sambal nasi impit yang rasanya sedikit manis baru ada umph!


2. Supaya sambal kelapa nampak cantik dan sedap blender lagi dengan blender kering agak-agak separuh lumat. Pas tu boleh dihidangkan. Selamat mencuba !

2 comments:

  1. sedap2..resepi..tapi kesian aku..x leh nak chat la kut blog nie pun...sebarang chit chat..semer diblock terus..termasuk chat kat blog nie ha...x per r..janji leh bkk blog ambik resepi...huuhuhu

    ReplyDelete
  2. laaa .. yer ker?? Aku ingat boleh ler sembang2 kat shoutbox tu .. cecepat ler beli pc letak kat umoh nun ..

    ReplyDelete