UmiYgBizi

Wednesday, July 28, 2010

Sardine Rolls


Assalamualaikum .. Makan ape pagi tadi kawan2 semua ?? .. Breakfast tadi ina buat sardine rolls .. Ina memang suka guna resepi ni setiap kali nak buat sardin rolls .. suami & anak2 pun suka makan .. exceli nih menu kedua untuk breakfast .. menu utama nasik lemak & nasi dagang yang dibeli .. hahaha ..

Tapi sekejap je licin sardin rolls ni korang wehh .. anak pompuan ina langsung tak sentuh nasik lemak @ nasi dagang yg dibeli tu .. dia duk hadap sardin rolls ni aje sampai burppp sendawa .. alhamdulillah .
.

Cara nak buatnya mudah & ringkas .. budak darjah satu pun boleh buat .. hehehe ..

mari kita tengok bahan-bahan & cara-caranya ..


Bahan-bahan ( 6 sardine rolls )
* *1 tin kecil Sardin Cap Ayam
* *1 biji bawang besar (dicincang) * *1 biji cili merah (cili basah)
* *2 biji limau kasturi (ambil perahan)

* *Mayonise, lada sulah & garam (sesedap rasa)
* * Breadcrumbs
# 1 bj telur (dipukul - utk celup roti)

# Sedikit air masak (untuk celup roti)

*Inti*.Goreng bawang sehingga separuh masak dan masukkan sardin. Hancurkan sardin kemudian masukkan cili yg telah dihiris. Masuk garam secukup rasa.Agak2 cili dah layu tutup api. Masukkan mayonis dan lada sulah mengikut kehendak anda. Gaul & ketepikan.

# Gelek setiap keping roti. Ikut suka nak buang atau tidak tepi roti. Selepas itu, sapu rata sardin ke atas roti & gulung. Buat sehingga habis.

# Sediakan pinggan roti yg telah digulung, pinggan yg berisi air masak, pinggan telur yg telah di pukul dan pinggan breadcrumbs.
# Sementara itu panaskan minyak dengan api yg sederhana perlahan

# Kenakan sekeliling roti (yg telah digulung) dgn air, kemudian celup ke dalam telur dan kemudian golekkan keatas pinggan breadcrumbs dan TERUS MASUK kedalam kuali (minyak telah cukup panas).

Goreng sekejap sahaja sehingga kekuningan cukup utk memasakkan lapisan telur sahaja.


# Hasilnya sardin roll anda sedap, gebu, rangup dan tidak berminyak. Sedap di makan dgn sos atau dimakan begtu saja. Cubalah!


** Tujuan roti tu dicelup dengan air terlebih dahulu sebelum dicelup dengan telur adalah untuk menghasilkan sardin rolls yang gebu,lembut & ringan .. :))

No comments:

Post a Comment