UmiYgBizi

Thursday, December 9, 2010

Puding Gula Hangus


Puding gula hangus ni dah lama dah ina buat..Tapi baru hari ni teringat nak letak resepinya..Puding ni time bulan puasa senang ler nak mencarinya..Biasa derang jual sepotong dalam singgit ke singgit setengah kan..Sebab nak membuatnya banyak gunakan telur.. pasal tu ler jadi mahal..


Pada yang suka makan benda-benda manis,mesti gemar puding nih..sebab ianya memang manissss..tapi hati-hati gak kan..makan makanan manis ni memang sedap..bila dah terkena kencing manis hmmmm terpaksa berpantang lah nak makan benda-benda manis ... 
Okeylah pada yg nak mencuba buat puding ni,salin resepi di bawah ni yer.. 

Bahan-bahan
• Telur (saiz besar) 7 biji
• Susu Isian Pekat Manis 460ml ~kurangkan sikit kalau x kuat manis
• Gula Pasir 3 sudu besar
• Garam 1 sudu kecil ~utk rasa lemak
• Tepung Kastard 2 sudu besar
• Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
• Loyang bersaiz diameter 15~20cm

Cara membuatnya

1. Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit..

2. Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.

3. Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.

4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.

5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.

6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk .

Selamat Mencuba !  : )

Ayam Masak Halia


Okey,kali ni ina nak share resepi ayam masak halia... Resepi yang cukup mudah dan simple jer nak buat..ina malas nak berceloteh panjang2.. masa dah suntuk & mata pun dah ngantuk.. -___- Meh ler kita semak resepi & cara2nyer..

Bahan-bahan 
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]
3 s/b sos tiram ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
beberpa batang kcg buncis dipotong
1 biji buah tomato [belah 4]
setengah batang lobak dihiris sederhana nipis
minyak
garam

Bahan Hiris
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah *optional, ina tak bubuh,nnti anak2 kepedasan

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup
3. Masakkan ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
5. Masukkan hirisan lobak & kacang buncis. Kacau sekejap.
6. Masukkan tomato buah &kacau lagi. Isikan garam secukup rasa.
7. Hidangkan

Selamat Mencuba ! : )

Wednesday, December 8, 2010

Kek Coklat Kukus



Assalamualaikum semua..Selamat Malam..ehh??Baru tulis entri dah ucap selamat malam..Aci la kan, sebab time ina tengah menulis entri ni hari dah malam, dah pukul 10.52 mlm dah pun mengikut jam di komfuterku ini .. jadik ku ucaplah selamat malam..boleh gitu..??*ikut ko la ina...

Kat entri yang lepas ina ada kata nak letak resepi kek coklat kukus kan..Sekarang ini semua manusia2 dalam rumah ini sudah terbongkang diulit mimpi .. masing2 sedang gigihnya memproses air liur basi .. samada atas bantal mahupun atas tilam .. maka dengan ketenangan yang ada ini, ina mengambil kesempatan untuk menulis resepi ini.. errrr nape haku rasa mcm skima sangat je ayat ?? (T_T)


Resepi kek ni mudah jer nak buat, sebab sukatan dia semua menggunakan cawan.. 1st time ina buat alhamdulillah terus menjadik..berdebar gak masa nak bukak tudung kukusan tu kalau-kalau bentat ke hape..sbb ina ade baca komen sorang ahkak yang dah mencuba resepi ni.. dia kata dah 2 jam dia kukus kek ni tak masak2..last2 dia wat coklat ball..
Pastu akak yang share resepi ni kata,dia dah buat berbelas-belas loyang menggunakan resepi ni, elok aje menjadik..tak pernah pun failed...so,ina pun konfiden ler nak mencuba ..
Mungkin ina & kakak yang share resepi ni buat dengan penuh perasaan kasih sayang kot....(T_T)
Itu pasal menjadik..yang tak menjadik tu agak2nya buat dalam keadaan mood tak stabil kot..kehkehkeh ..memandai jer haku..;-P

Okeylah jom kita tengok resepi kek ni ..

 Bahan-bahan
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak/butter
1 cawan gula

1. Bahan2 kat atas tu sumer campur dlm periuk & jerang atas api kecil campur sampai sebati...ketepikan & biarkan sejuk sket

2. Tiga biji telur pukul sampai kembang & gebu . Lepas tu masukkan dlm campuran koko yg dah menyejuk tadi.  Gaul sampai sebati dan masukkan 1 cawn tepung, 1 sudu teh baking powder & 1 sudu teh soda bikarbonat. Gaul lagi sampai adunan itu betul2 mesra.

3. Kukus atas api sederhana dlm masa SEJAM.

Toping
1 cawan susu pekat
1 cawan koko
Sedikt minyak

Cara
Campurkan bahan2 diatas dan kacau  sampai sebati..kemudian sapukan di atas kek. Letak ler coklat rice sbagai hiasan.

* Toping yang ina pakai ialah,ina gunakan coklat masakan yg dimasak dngan sedikit butter & menggunakan kaedah double bowl ... : )

Selamat mencuba !

Rumahku tak terurus

Assalamualaikum semuaaa.. aduhlaaa ina bebetul fonatttt nihhh..fonattt!!Omputih cakap ape tu ekzosted ekkk??aaaaaaaa...maybe sebab tak cukup tido kot..bila tak cukup tido,badan otomotik jadi lesu ... bila dah lesu maka rumah akan terkena impaknya..impak maksima tak terurusssss(T_T) ... tengahari semalam ina ke pasaraya cari keperluan dapur sikit-sikit.. adoyaiiii penat melayan kerenah anak yang sorang ni..suara dia aje yang duk dengar melalak kat pasaraya tu..belari sana, belari sini kesudahannya terhantuk pada bucu dinding .. terkena kat batang hidung,berdarahhh....apalagi, melalak ler satu pasaraya tu.. ina dengan duk dukung babynye, try duk pujuk suh dia diam..sib baik ler baby ni tido,diammm jer dia...wat derkkk jer abang dia duk melalak sampai nak terkeluar anak tekak..(T_T)..puas nak suh dia diam,last-last heret dia kat sudut permainan bagi dia main pepe yang dia berkenan...  baru ler diam..


Nampak tak bertanda kat batang hidung dia tu..tu darah dah berhenti..itu lerrr, lasak sangat,buasss sangattt kan dapat pekdah.. 


 

Balik dari pasaraya, bagi anak2 makan nasik goreng yang ina buat breakfast pagi tadi..penat dah nak memasak..pastu resttt kejap,tambahan pulak hari hujan campur ngan ribut apelagi..zzzzZZZZzzzzzzzz ler...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tido pun tido2 ayam...ade baby kecik ni mana leh concentrate tido (T_T) .. bila bangun tengok keadaan rumah,ya rabbiiii...napelah aku ni malas sangattt .. (T_T) .. bukan malas tapi fenatt lah ...al-fenat..al -fenat ..tengok tu...kat sinki dapo tuuuu ..huhuhuuu







Tuuuuu lagiii, sila lihat di sana di atas lantai tuuu .. barang2 yang shopping kat market tadi tak berkemas pun lagiii .. (T_T)








Sila lihat pula di atas meja makannnnn .. (T_T) ohhhhhh..kenapa..kenapa .. whyy??whyy?ecehhhh, macam ler situasi ini yang kali pertama berlaku .. buat-buat pelik pulak .. ;-P





Dalam rumah pokes kat atas kerusi pulak .. ohhhhhhh!! ohhhhh!! lemah longlai tengok kenkain baju yang semakin menggunung.... dan sehingga entri ini ditulis, gunung ini masih belum ditarah lagi .. (T_T).. Sila wat-wat tak nampak kalau ade bende2 yg sensored kat timbunan baju2 ini yer.. huhuhuuhu






Cuaca sejuk kat luar dan anak-anakku masik syiokkkkk memproses air liur basi... takperrr teruskan proses pengeluaran air lior basi yer anak-anak sementara umi memasak untuk dinner kat dapo ni ...




Setelah mengumpul segala energy yang ada, ina pun bukak silat cekak dan terus berkentung kentang kat dapo menyiapkan makanan untuk anak-anak .. yeahhh..yeahhh...go..go..toreton..go..go....
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jeng-jeng-jeng .. dahhhhh siappp mee hailam untuk anak2 ..sedapppp derang kata...emmmmm bercampur dgn lapar gak tuuuu,sbb masing2 baru bangun tido kannnnn.... ;-P





Selepas masing-masing dah kenyang,dah mandi semuanyaa... ina pun sambung operasi mengemas kat dapo.. energy dah semakin down.. nak merangkak dah rasa,tapi ku gagahkan jua ..(T_T)
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hampir pukul 1 pagi barulah ina siap mengemas itu dan ini kat dapo nih...Penat sesangat dahhh .. Boleh laaa tuuu .. kira kemas la sikit dari sebelumnya yang hazab ..(T_T) ...aduhhhh dah nak pengsannn sesangat dahhh niiii...



Okeyyyy kenkawannnn..itu aje nak stori perihal semalam punyer cerita .. banyakkkk lagi kerja2 yang menanti nih ... see u ...daaaaaaa :DDDD



Tuesday, December 7, 2010

Ina dah kembali berblog

Salam kenkawan semua .. waduh waduh wad-duhhhhh .. hampir 4 bulan ya ina biarkan ini goblog eh ! ini belog bersawang & bersemut .. ada antu ke hah???? heloooo?? loooooww...looooooww... enibadi homeee ..homeee ..homeee ... uishhhh bergempa aseee belog nih .. apa kan daya kenkawanku, orang baru lepas keuzuran ..(T_T) ..
Nak letak entri pasal resepi2 baru pun tak sempat .. bercampur baur ngan malassss menaip kat ini blog yer
jugak .. ehehehe ..
Ade anak2 kecik macam nilah .. masa tu agak terbatas untuk nak hadap & menumpu pada komputer .. nak menulis-nulis ni pun kena ada idea gak kan .. biar merapu meraban pun ..

Hari ni ina punya entri lain sikit dari entri yang lepas2 .. kalau entri yg lelepas tu semuanya berkisar,berputar pasal resepi 'semata-mata' .. 'sehidung-hidung' tak masuk book .. ehehehhe .. merepek jer haku nih .. mana taknyer,kepala dah tionggg .. tionggg dah niii .. *_*

Kali ni ina nak cerita pasal aktiviti ina seharian duk kat rumah pada hari ini .. uhhhh!! boring kerrr?? Lantak laaa .. nak citer gak .. kalau yang rasa boring tu, shoohh shoohh gi main jejauh .. ngeeeee ...ermm nak stat dari mana yerk .. ok kita stat dari pagi yerk .. pagi tadi ina tak buat breakfast .. tuan besar dah siap2 beli roti canai & mee goreng .. fuhhhh!! Legaaa .. ingatkan nk buat nasik goreng,so kensellll .. pasal pe ina tarik napas lega, sbb malam tadi ina tido kul 4 pg .. duk godek-godek kat dapo membuat ke kek coklat kukus .. operasi bermula kul 12 lebih tgh mlm .. biasalah kan,semua manusia dah terbongkang tido baru aman sejahtera nak membaking ..
okey ini ghuper kek coklat kukus itew sesudah tudung pengukus diangkat ..



Alhamdulillah .. syukur menjadik.. sbb 1st time buat guna resepi ni .. next entri ina letakkan resepi kek coklat kukus ni ekk .. nak letak sekarang, dah tak larat .. nak pengsan dah ni .. ehehehehe ..




paginya bila bangun,toping kek tu dah mengeras tapi still sedap & mabelessss.. yummyyy!!


Oleh kerana breakfast dah tak yah buat, lepas mengemas umah & uruskan anak2, ina berkentung-kentang plak kat dapo untuk siapkan lunch .. lunch tadi ina buat daging masak merah,ayam masak halia & telur dadar .. telur wajib ada untuk santapan anak dara ina yang sorang tu .. uminya penat2 masak ayam & daging,haram pon dia tak nak makan .. >_<>Resepi ayam masak merah & ayam masak halia tu pun ina akan letak next entri yerk ..
Okey, xtvt ina malamnya plak lepas siap & bereskan anak2 ialah membasuh baju .. tadi siang tak mesin pun baju, panas pun smpai tghari jer, kendian hujan sampai ler ke maghrib .. lg pun siang tadi baju tak bnyak sgt nak dibasuh, so kumpul2 dulu, mlm baru putar masuk mesin.. sblum masuk mesin,pilih2 pakaian yang kotorannya agak extrem .. yang rerasanya mesin basuh tak mampu nak ilangkan .. sebagai contoh hujung kaki sluar anak2 jantanku ini ..
(T_T)

melampau kann??? tu ina bubuh peluntur pun tak baper nak jalan .. dengan gigih ku menyental ujung2 sluar tu .. takper xcersise untuk kecikkan lengan ... huhuhu

kendian barulah boleh masukkan dalam mesin basuh bersama pakaian2 yang lain .. pastu operasi menyental toilet tu pulak .. lantai dah menunjukkan tanda2 kehitaman .. rasanya baru jer lagi ina duk sental toilet nih, dah naik itam balik .. (T_T)..apakan daya,mataku elegic tengok toilet kotor, so gagahkan diri jugak untuk menyugi & memberus .. sblum operasi menyental dilaksanakan, tabur sabun khas dulu yer .. ina pakai sabun ZIP untuk nak sental toilet ni ...

Lepas tabur sabun ZIP tu,biarkan sekejap untuk daki kat lantai tu mengembang .. mentara perap sabun tu kat lantai ina kemas2 kat sinki dapo .. basuh segala pinggan periuk yang ada .. tengah2 duk basuh periuk kat sinki,air dari saluran lubang air kat bawah sinki tu membuak2 naik .. aiyarrrrrkkkkk!!! tidakkkk!! perkara yg paling haku tak suka dah hapen .. tengoklah akibatnya .. (T_T) .. pada yg geli geleman jgn tengok .. atau buat mata juling kejap ..




Tak pepasal bertambah kerja ina kannnn??? huwaaaaaa!! fenattt ler nak menyuci pulak ke sisa-sisa lelemak dari saluran air yang naik ke atas tuuuu .. :'((((( .. nak taknak kugagahkan jua menyental & menyugi lantai dapo tu .. tak kan nak biar plak macam tu kan .. lainlah kalau ade cinderella yang nak datang tgh2 malam kang tolong cucikan ..


Lepas bertungkus lumus tertonggeng-tonggeng menyental & menyepak air kat lantai tu, barulah keadaan kembali ke asal .. phewwwww!!!

Pastu ina curahkan 1 cerek air panas menggelegak dalam saluran lubang air tu untuk nak elakkan dari tersumbat & air naik ke atas lagi .. biasanya ina buat macam tu setiap kali kejadian ni berulang .. benciiii arrr situasi ni .. >_< .. Then sambung plak menyental & menyugi toilet yang diperap ngan sabun tadi .. setelah 2x perap & 2 round sesi sental-menyental barulah berkilat toilet haku .. sedapppp mata memandang .. nak membuang pun aman & selesa kannnn.. ;-P


Dah siap menyental itu ini semua baru teringat, anak sulong ina hat lelaki,Razeen atau nama panggilannya ajeem tu tak makan ubat lagi .. Ajeem ni ada epilepsi .. so, setiap pagi & malam dia WAJIB diberikan ubat .. kalau tidak menggelupur kekejangan lah dia diserang sawan .. haaaa, ni la ghuper ubat yang dia minum ..



Sebelum nak bagi ubat tu ina kena pegang satu 'senjata' supaya dia minum ubat tu .. kalau tak dipegang 'senjata' ni, alamatnya bergelut lah ina ngan dia nak menyuap ke ubat ni .. senjata itu ialah ..
.
..
.
..
.

.
.
.
.
.
.

..

.



..


..




..

.
.



Yaaaaa !!... ini diaaa .. hangerrrr yerrr ..!! hangerrr..!!skrip ina tetiap kali nak suap obat ni kat mulot dia ..."Makan obat nih,makannnn.. kalau tidak kena hangerrr"!!


Expresi muka Ajeem setiap kali nak bagi ubat cam ni ler lebey kurang .. pas dah setel bagi ubat ke ajeem,baru terperasan kepala hulubalang atau Razman ni tertido macam ni atas kusi ... siannn plak anak umi nih .. umi sibuk menyugi kat dapo & bilik air tak sedo kejadian ini berlaku ..(T_T)


ina angkat dia selow2 letak atas tilam .. so..selesai lah tugasan untuk hari ini .. masih ada lagi tugasan2 yang menanti esok hari .. cukuplah dulu untuk hari ini .. ponattttt dahhhh ... nak pengsan sesangat dah niii.. ehehehhehe .. okeyyy ..jumpa lagi di entri yg lain.. gud niteeeeee!! ;DDDD