UmiYgBizi

Tuesday, August 17, 2010

Sotong Celup Tepung

Assalamualaikum .. Malam-malam baru berpeluang update blog .. Maklumlaa, anak-anak dah tido semua, barulah selesa,tenang jiwa dan raga nih nak menaip .. hehehe ..
Entri kali nih ina nak share ngan kenkawan resepi Sotong Celup Tepung .. Resepi nih ina dah letak kat Fb exceli .. Tapi takpe la kan, siaran astro .. Untuk rujukan di masa-masa akan datang, betul tak ..


First time ina pakai resepi nih, dah jatuh chenta .. Sebab hasilnya, sotong tu jadi rangup & tepung tu elok je bersalut dengan sotong .. Sebelum ni ina pernah buat pakai resepi lain, tapi lepas siap goreng, tepung jadi lembik mcm jemput-jemput pastu tertanggal dari sotong ..
Resepi yang ini, alhamdulillah menjadik seperti yang diidamkan .. So, pada sesape yang nak try tu sila-sila kanlah salin resepi ni yerk .. ;-D


Bahan-bahannya
2 ekor sotong saiz sederhana
1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)

2 sudu kecil serbuk kari ( ni kalau tak nak letak pun takpe)

garam

lada sulah

1 sudu kecil baking powder


Cara-caranya

1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, lebih kurang 5 minit ke 8 minit, step ni penting utk MENGELAKKAN SOTONG MELETUP apabila digoreng nanti. Kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah.


2.Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.


3.Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba.. ;-)

* Kalau boleh adunan ni DIPERAP SELAMA 1/2 JAM DULU baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan TEPUNG ELOK LEKATNYE apabila digoreng nanti. : )

No comments:

Post a Comment