UmiYgBizi

Tuesday, August 17, 2010

Penang Char KueyTiaw

Wokeh .. tadi kita dah tengok resepi sotong celup tepung, kali ni kita tengok resepi Penang Char Kuey Tiaw plak .. Selamat mencuba ..:)

Bahan-bahan ( 2 org )
* * UTK PASTE *
* 200 gm udang
* 250ml air
* 4 ulas bawang putih di ketuk
* 6 sb sos tiram
* 3 sk kicap pekat
* 3 sb kicap manis
* 1 sk petis
* 2 sb pati ikan bilis / pati udang
* 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
* 1 sk gula

* * UTK MEE *
* 300 gm kuey teow
* 1 sb cili boh
* kerang
* sedikit kucai & taugeh
* 2 biji telur


Cara-cara

1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang.

2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.(** Step yg ini, ina ubah sikit. Lepas masukkan, kuey teow,kucai & taugeh,ina gaul kejap pastu curahkan dlm pinggan. Tinggalkan sikit kuah utk pecahkan telur & biarkan telur tu masak separuh sebiji mcm tu tanpa dikacau. Dah siap telur tu, ina curahkan dlm pinggan yg berisi kuey tiaw tadi)

5. **Paste ni selalu derang guna untuk meniaga so udang yg direbus mmg derang pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jadi 1 sudu besar.

Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

No comments:

Post a Comment