UmiYgBizi

Saturday, December 11, 2010

KISAH SERAM


Malam ni ina duk layan kisah seram .. saja nak share dengan kenkawan semua .. rest kan otak dan hilangkan stress skit .. Jom kita layan kisah seram ni .. hati-hati membaca pada yang lemah semangat yer .. :)

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dapat dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya! Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami. Malam itu, malam minggu. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.

Peristiwa ini terjadi di Balai Polis Batu Kikir. Pada hari tu aku baru balik dari rumah mayat Hospital Besar utk mengenal pasti satu mayat yang menurut doktor rumah mayat, adalah Manisah, seorang perempuan yang kurang siuman yang dilaporkan hilang 7 hari lepas.

Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yang melaporkan kehilangan Manisah kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh... Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sarjan Hassan terpaksa mengambil cuti tergempar kerana kekasihnya sakit teruk.

Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak. Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yang bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yang bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku...

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt. " Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke balai dan mungkin ada di kamar mandi. Aku pun menjerit "Hei Dol, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan. Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku.. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt" . Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokkan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.
Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat "PSSSSTTTTTT" ............ diiringi bau wangi yg menusuk hidungku... Aku terpaku, tidak bergerak seketika... bulu2 roma ku mula naik dan tidak semena2 badan ku terasa sejuk..ku pandang ke tepi, ke belakang dan ke bawah tetapi tiada apa pun yang ku nampak lalu ku lihat ke atas dan dari pandangan sisi tepi mata kelihatan ada sesuatu di atas tepi dinding bilik air dan ?????  .............
gambar di bawah adalah rupa sebenar makhluk tersebut ... berhati-hati pada yang lemah semangat ....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

den pon tergolak sorang2 "Cilako punyo porfume dispenser" buat den suspend yorrrrr...


TELUR REBUS (Cerita Lucu)

 ~ Jom layan cerita ni, sambil gelak sikit...buat hilangkan stress .. ;-D


Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahajasebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu denganmeninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka,Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku puntahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.

Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh legarasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satudas lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalahmacam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...

PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terusmelopong... ALAMAK!!!

Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos akudengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku punjawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:habih :.

 

Cerita Lawak Pendek

Kita release tension & stress sikit ekk ... 8D

Cerita Lawak/ lucu 1: Bapa
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

Cerita Lawak/ lucu 2: Bahasa Inggeris

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Cerita Lawak/ Lucu 3: Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Cerita Lawak/ Lucu 4: Mayat

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Cerita Lawak/Lucu 5: Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Cerita Lawak/ Lucu 6: Makan

cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
cB: kau makan ape?
cA: makan angin...............................


Pencari Madu Diganggu Langsuir

Pencari Madu DigangguLangsuir


Dapat dari member... just nak share dgn kawan2


-------------------------------------------------------


Betul ke citer nih??

WALLAHU'ALAM BISSAWAB...but dunt worry....dis is not a fooling around
story...its a story and a story semata...no jokes or wat....
enjoy...

Ni lagi 1 kisah yg btol2 terjadi kt bapak aku!! (dia citer kt aku)..
bapak aku ni walau dok kt KL tp dia ada ramai mmber kt kampung2
(merata2 kampung kt M'sia..espclly area Temerloh, Phg) sbb dia ni ex-army..
so dia ni suka gi mmburu kt hutan2 yg berhampiran kmpg2 mmber dia la.. 
kbtulan plak bpak aku ada 1 dusun buah2an area pedalaman Temerloh..

..dlm byk2 mmber dia tu adala sorg yg keja dia ambik madu lebah 
kt tgh2 hutan(part time-hobi).. sekali gus suka jgk gi teman bapak aku
mmburu..dia nih aku nk kabo sket kalu skali kita tgk muka dia mmg kita
ttibe jek jadik respek kt dia..tatau la pesal. umo dlm area
55-60thn..tp bdn maintain beb!.berketoi2..

..dlm bln 7 thn 2001 x silap aku,bapak aku gi la mmburu tempat yg 
biasa dia gi dgn 3-4 org mmber dia termasuk la pengambik madu nih. diorg gi
bwk jeep. parking kt dusun bapak aku pastu g jln masuk htn.
diorg mmg planning nk bermlm dlm hutan tu sbb kebiasaannya mmg cmtu.
sgala persediaan dh ada..jln punya jln (mybe di pertghan,tukang ambik
madu nih ttibe jek berenti..yg lain pun berentila skali (sbb diorg
ngikut kt blakang je)..bapak aku ckp time tu keadaan dlm htn tu senyap
gilos!! xder bunyik binatang lgsung walau cengkerik!..

..dlm 3-4 minit diorg kaku kt situ tanpa sbrg kata, tukang ambik madu
nih sound kt yg lain, "ada benda nk main dgn kita"..dgn nada slow &
rilek je..bapak aku dgn yg lain msing2 angguk faham. dlm hati bapak
kau dh bc mcm2 ayat dh..(sblm msuk htn nih diorg dh diberi pringatan
psl benda2 mcm nih oleh pngambik madu, tu psl diorg x gelabah sgt &
bersedia).

..diorg truskn prjlnan, dlm pkul 9.30 mlm diorg stop lg..kali ni diorg
ternampak benda pulak..benda apa?,tu dia ular sawa besar tong deram
melintang tgh2 laluan dorg!!..time tu dorg pakat2 duduk mncgkung. Tggu
ular sawa tu hilang..bapak aku dh sket goyang..dia ckp x penah seumo
idup jmpa ular sawa sket pnya beso cmtu..dan yg lebih mnggerunkan lg
time ular tu mlintas diorg trdgr suara seakan org tua
ketawa..heehh..heehh..heeehhh..sayup2 je..

..yg bpak aku plik sgt ular ni mlintas cuma nmpak yg melintang jln
je..mknanye belen sblh kepala & ekor dia x der! tp dia brgerak..x per
la, ujian pertama kot..bapak aku ckp dlm hati..dh abis ular ni
mlintas..pngambik madu nih bg isyarat spya jln dlm 10 minit lg pastu
pacak kemah nk tido. dorg ikut je, sbb dia nih mmg arif hal2 dlm htn..

..dlm pkul 11.00 mlm, lps smua dh nk tido(khemah dorg sempoi je, ade
bumbung &alas kanvas je..just nk elak dr hjn)..pngmbik madu ni bgn
ttibe
je berdiri tgk! diorg pun pelik & terkejut..pesal?..dia berdiri
tgk btul2 mnghadap sbtg pokok balak beso..lama dia berdiri tp x buat
apa2. dorg senyap & perati je..lbh krg 7-8 minit, dia duduk balik..pastu
dia g amik wudu' kt ank sungai x jauh dr situ..lps dia balik trs je dia
azan & smbahyang sunat tolak bala..lps tu diorg tido smpai pg xde ape2
yg kacau dah.

time mlm esoknye diorg mkn ayam htn pnggang hasil perburuan hari tu kat tepi sungai..area pkul 8.45 mlm..dh
abih mkn, sgala sisa mknan trus tnm dlm tanah (petua org2 tua
kot)..skali lg pngmbik madu nih jadik mcm smlm..ttibe je bgn tgk
berdiri..mnghala ke hulu sgai..dorg yg lain dh tau snyap je la..tgk je
smbil berdoa jgnla ape2 yg buruk trjadi..

..mmg x jd ape2 mlm tu..tp lps tu pngmbik madu nih sound kt dorg spy
esok jgn mmburu dah..dh cukup tu..time dia plak nk cari madu.
okey!..dorg faham..

..esok pg dorg trs gi ikut pngmbik madu ni cari sarang lebah..kali nih
dorg kena msuk htn dlm lg..sbb lbah mmg buat srg kt pokok2 balak besar
hutan dara punya..dorg ikut la, sampai la pngambik madu nih jumpa pokok
ketualang (lebah suka buat srg kt spesis pokok ni)..time tu dh ptg, pkl
bape aku x sure..pngambik lebah ni buat la persediaan nk pnjat pkok
tu..bpak aku ckp mmg besau,dlm 3 pmeluk org dewasa!..tp nasib la ada
pokok2 kecik (pokok tumpang) yg menjalar kt btg pokok ni..

..pngambik madu ni bg petua pd dorg spy jgn buat bising..jgn tegur
kalau nmpak apa2..jgn usya apa2 benda lama2..lg 1 dia sruh slalu baca ayat
kursi. (bapak aku pun pelik, biasa dia ikut ambik madu lebah dgn dia
nih x der la byk sgt pantang larang..kali ini lain plak..bpak aku dh syak mesti
ade yg spesel nih!..dlm pkul 8.00 mlm pngambik madu nih start pnjat pokok
nih..dia bwk alat2 dia la, torchlight kt kepala 1..

..dorg kt bwh nih ttibe jek dpt rs angin sepoi2 bhasa..dingin jee..tp
yg peliknyer,pokok tak brgoyang sket pun!..msing2 dh pucat,y e la..sifu dh
kt atas pokok..maunya ttibe je terjojol king kong jadian,hah!
mampoih!!..msing2 snyap baca mcm2 surah dlm hati..bapak aku dh stand by
snapang..silap sket je,mmg dia tembak trus! No excuse2!!..

..lps angin tu hilang, dorg cool balik..msing2 dongak kt atas..Ya
Allah!!!..hargghhhh!!! Apa benda tuu..bapak aku dh terjerit dlm hati,
terjojol mata dorg tengok ada benda melayang2 keliling pucuk pokok
ketualang nih (x jauh dr tmpt pngambik madu nih)..dorg kt bwh msing2 dh
ketar..xtau nk buat apa..itulah 1st time bapak aku & mmber dia dpt tgk
scara live & dgr suara langsuir mengilai..nk terkencing bapak aku di
buatnya..

..tu dia, dorg apa lg..habih semua surah diorg baca..bkn dlm hati lg
dah..dh kuat2 dh..dh jadik mcm kelas mngaji la plak..yg mnambah
mengerunkannya lg, bkn ada 1 je benda tu kt atas..nu dia ada 2-3 eko
lg bertenggek kt pokok balak sebelah!!..dlm dok gelabah tu dorg dpt dgr
yg pngambik lbah ni azan kt ats..benda nih mngilai lg kuat!! Siap geng2
dia pun sahut-mnyahut!! perghh..bapak aku abis dh terlps snapang tah ke
mana..terduduk mngeletar!..

..dlm 15 bls minit lps kena usik tu..dorg terdgr pngambik lbah ni
mnjerit kuat dr atas pokok,"yaa laahh..yaa laahh..aku nak balik la
nii..aku turun..mintak maaf la sebab kacau nak tido!!!..sudah! sudah!
tak mau main dah!!!!"..dorg tggu kt bwh..dlm 10 minit pngambik lbah ni
smpai kt tanah..dia bg isyarat spy jgn tgk atas dah..takut benda tu
ikut..tapi..

..mmg benda ni x skolah, dia ikut sampai bwah!!!..sekor jee..dia turun
merangkak ikut btg ketualang tu..btul dia stop ngam2 sama paras dgn
dorg berdiri..tu dia,bertambh2 mngeletar la dorg..pngambik lebah ni rilek
je..mata bapak aku dgn yg lain dh terjojol dh melekat kt benda
tu!!..takut kalau2 dia terkam!..bpak aku ckp rupa dia mcm org tua,
berkerepot..rambut pjg berserabai..bdn dia separuh je kain yg balut bdn
dia kaler putih kekuningan(lusuh)..bau hampess!!..macam hancing..yg
mggerunkan lg suasana yg dh sedia gerun..si pngmbik madu
nih sound spy jgn brgrak..bc apa2 yg patut..jgn tgk dia..tp, apa buleh
buat..mata dorg nih dh mcm kena paku spy tgk gak benda nih!! Alahaaiii
bapak aku..

..lama gak benda tu melekat kt btg pokok tu. nk tau cmna dia mlekat?
bpak aku ckp dia mlekat pkai gigi dia yg rongak tu..gigit kt batang
pokok sambil mata dia dok perati mesra je kt dorg!! (wehh..mremang
siol!).. udahnya, pngambik madu nih dh xleh tahan lg dah..dia ambik
sgenggam tanah pastu dia puss kiri,puss kanan sket dia baling kt benda
tu..benda tu seakan terkejut..dia mngilai kuat smbil snyum kt
diaorg..pastu hilang! Nu kt ats pokok menatang nih sahut-mnyahut..

.."kami dtg bkn nak buat kacau!! kami dtg nk cari rezeki Tuhan!..kita
sama2 makhluk Tuhan..kami tak mau main dah!! kami tak halalkan dunia
akhirat kalau main dgn kami lagi!!!..pngambik madu ni sound direct jee
kt benda tu..trus je snyap benda tu mngilai!!..dah, jom kita
balik..dorg trus balik ikut pngmbik madu nih..dlm pkul 12.30 mlm dorg pcak
kemah..pngambik madu trus ambik wudhuk pastu smbhyang tolak bala..bapak
aku dgn yg lain still lg terkejut..jadik sangap semua!! ikut je ke mana
pngmbik madu ni pegi..hehehee (takut la tuu..)...
dh slesai solat,pngmbik madu ni sound yg benda tu msih lg ikut..tp tatau
kt mana..nah, bertambah pucat la dorg..last2 dorg (kecuali pngmbik
madu) bersepakat xnak tido..msing2 pgang snapang..dh stndby peluru
byk!..hehehheee..bapak,bapakk...

..agaknya dr berkat solat pngmbik madu nih..benda tu mmg x kacau..tp
ada ms dia dorg trdgr suara mngilai jauh jee..sayup2..

..esoknye lps solat subuh, dorg trs je cargas..x tunggu lg dah..sampai
je dusun bpak aku, pngmbik madu ni trus sruh diorg mandi dlm sungai dgn
baju2 seluar skali..abih bsh kuyup semua..xnak bg benda tu ikut
smpai rumah kacau anak bini plak katanya..sampai je kt kmpg, bpak aku
dgn yg lain rs bdn lemah2..yg sorg lg elok je kluar dusun (msuk
kmpg,trus je pengsan..)..hasilnya bapak aku demam terkejut 4
hari..mmber yg lain pun sama..meragam..tp yg pngmbik madu nih rilek je..siap buleh
gi jual madu lg tu kt psr mlm!!..mmg tererr ilmu di nih!!..tabik spring
pak cik!!!

..ha tu la dia kisah ngeri bapak aku!! masa dia citer kt aku pun aku dh
rs nk terkencing!!!! 


Friday, December 10, 2010

Bee Hoon Singapore ke Mee Hoon Singapura?

Selamat petang kenkawan..Cuaca kat luar sekarang ni mendungggg jer dari pagi tadi..Semua kenkain tak kering..Yang dalam mesin basuh pun ada lagi tak berjemur..Tak cukup ampaian dah ..(T_T)..Tengahari tadi ina tak masak pun untuk lunch..Anak-anak ina bagi makan nasi dagang yg dibeli dgn pakcik naik moto..Pakcik naik moto yang hari-hari duk lalu kat kawasan perumahan ni sambil mengepin-ngepin hon motonya itu .. So,this petang anak2 dah menggagau cari makanan..Nak-nak anak ina hat jantan hat sulong tu ..Kejap2 bukak peti,kejap2 bukak tudung saji.. -__-
Kesian pulak haku nengoknye.. Uminya ni pulak tengah diserang demam..
demam m.a.l.a.s...ngeeeeee ..tak tahan tengok si anak tu duk mundar-mandir mencari makanan, maka ina pun terus bertuko jadi chef two..bukan chef wan yer ..  Sepantas kilat berkentung-kentang kat dapo menggoreng mee hoon ala-ala singapore .. anak-anak suka sangat mee hoon ni..bertambah-tambah derang makan.. sendawa pon sampai 2-3 kali..hmm hilang fenat aku memasak kejap..kebetulan ank jiran sebelah umah pun ada dtg main2 kat umah ni..langkah kanan la dia... dia pun siap bertambah makan ..

Bahan-bahan nak membuatnya pun simple jer .. Okey mari kita lihat bahan2 &cara2nya ....

Bahan - bahan:
Bawang Merah ~ 8 biji
Bawang Putih ~ 6 biji
Udang Kering~ 2 sudu besar
Sos Tiram
Sayur Sawi & Carrot
Telor ~1-2 biji
Mee Hoon (dilembutkan terlebih dahulu)

CARA-CARA:

1. Bawang merah,bwg putih & udang kering ditumbuk.
2.Goreng dengan minyak panas sehingga naik bau. Masukkan sedikit sos tiram diikuti dengan telur, & carrot. 3.Akhir sekali masukkan sayur sawi, mee hoon & garam secukupnya. Gaul hingga sebati & masak sebelum diangkat.

Selamat Mencuba. : )

Ayam Goreng Berempah


Wahhhhh!! Sedap tuuu...! Ayam goreng berempah lagi..(sila pokeskan mata anda kat ayam yer..ehehehe) Kalau makan time panas-panas..baru angkat dari kuali..fuhhhh..sampai tak sedar dah habiskan 4-5 ketul....Resepinya mudah aje kenkawan nak buat..Jika bahan-bahannya dah ada,dah cukup lengkap,dah cukup syarat..buatlah untuk insan tersayang...Air tangan yang sndiri bikin lagi power sebenarnya dari hat beli kat kedai..janji kita buat dengan penuh keikhlasan,lemah gemalai & penuh kasih sayang..kompem ayam berempah tu nanti jadik canteeekkkk & wangiiii jerrr mcm tuan hat membuatnye ...walaupun tuannya tu belom mandi ...ngeeeeee...


So, marilah sahut cabaran ina dengan mengetest buat ayam goreng berempah dengan menggorengnya di dalam kuali di rumah anda...Bukan digoreng kat kuali kedai mamak atau yang sewaktu dengannya ..:D
 Jom kita pakat serbu resepi dan cara-cara nak membuatnya ... :D



Bahan 1 (dikisar)

1 inci Halia
1 inci Kunyit hidup

3 batang serai
5 ulas bawang putih

Bahan 2

Beberapa ketul Ayam (4 atau 5)

½ sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1 biji telur
daun kari
garam

Cara-cara memasak

1. Perap ayam dengan semua bahan 1 yg dikisar dan bahan 2 selama 45 minit atau sejam.
2. Dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing
3. Sedia dihidang ! Sedap dimakan ketika masih panas

p/s : jintan manis, jintan putih dan ketumbar boleh juga ditumbuk (mengikut selera masing2) dan boleh juga digantikn dgn rempah kari ayam..


Selamat mencuba : )

Homemade coklat ice-cream

Haaaa...pernah tak kenkawan terfikir nak try buat ice-cream sendiri .. Senang jer tau nak buatnya..Tapi beli lagi ler senang..Hulur duit,terus boleh makan..hehehe ...alahh..sesekali cuba buat eksperimen benda2 yang belum buat apa salahnya kan..lebih-lebih lagi kalau menjadi..syiokkkk dan hilang penat menggodek-godek tu .. ;-P

Rasa ice-cream ni sebijik macam hat kita beli kat pasaraya tu..Memang sedap ! Pada yang nak mencuba dan buktikan yang dalam diri tu memang ada skill boleh buat homemade ice-cream,boleh ler salin & simpan resepi di bawah ni yer .. 

Bahan-bahan
2 1/2 cawan coffeamate (tepung krimer)
250 ml susu segar ( ina pakai susu full cream,sbb masa beli tu,main hambik jer ;-P)
1/2 cawan gula pasir
*Perasa coklat (Emulco)
- Optional (Kalau tak suka coklat,boleh tukar ke perasa lain)

Kat atas tu antara bahan2 yang ina guna untuk buat ice-cream ni..Pada yang tak tau apa tu Emulco, tu yg posing kat depan sekali tu..Yg pakai tudung hijau ,bertenggek atas bekas tu ..itulah dia coklat Emulco.. :)).. Okey jom kita tengok cara2 nak buatnya pulak ..

Cara-cara

1. Satukan coffeamate (tepung krimer), susu segar dan gula pasir. Pukul sekadar disebatikan.

2. Simpan dalam peti sejuk bahagian freezer selama 1 jam 1/2.

3.Keluarkan dan letakkan *coklat emulco. Pukul lagi dengan kelajuan maksimum selama 10 minit atau sehingga adunan menjadi pekat dan gebu.

4. Masukkan dalam peti sejuk bahagian freezer semula. Biarkan beku.

~ Selamat Mencuba ~ (^_^)v

Thursday, December 9, 2010

Puding Gula Hangus


Puding gula hangus ni dah lama dah ina buat..Tapi baru hari ni teringat nak letak resepinya..Puding ni time bulan puasa senang ler nak mencarinya..Biasa derang jual sepotong dalam singgit ke singgit setengah kan..Sebab nak membuatnya banyak gunakan telur.. pasal tu ler jadi mahal..


Pada yang suka makan benda-benda manis,mesti gemar puding nih..sebab ianya memang manissss..tapi hati-hati gak kan..makan makanan manis ni memang sedap..bila dah terkena kencing manis hmmmm terpaksa berpantang lah nak makan benda-benda manis ... 
Okeylah pada yg nak mencuba buat puding ni,salin resepi di bawah ni yer.. 

Bahan-bahan
• Telur (saiz besar) 7 biji
• Susu Isian Pekat Manis 460ml ~kurangkan sikit kalau x kuat manis
• Gula Pasir 3 sudu besar
• Garam 1 sudu kecil ~utk rasa lemak
• Tepung Kastard 2 sudu besar
• Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
• Loyang bersaiz diameter 15~20cm

Cara membuatnya

1. Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit..

2. Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.

3. Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.

4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.

5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.

6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk .

Selamat Mencuba !  : )

Ayam Masak Halia


Okey,kali ni ina nak share resepi ayam masak halia... Resepi yang cukup mudah dan simple jer nak buat..ina malas nak berceloteh panjang2.. masa dah suntuk & mata pun dah ngantuk.. -___- Meh ler kita semak resepi & cara2nyer..

Bahan-bahan 
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]
3 s/b sos tiram ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
beberpa batang kcg buncis dipotong
1 biji buah tomato [belah 4]
setengah batang lobak dihiris sederhana nipis
minyak
garam

Bahan Hiris
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah *optional, ina tak bubuh,nnti anak2 kepedasan

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup
3. Masakkan ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
5. Masukkan hirisan lobak & kacang buncis. Kacau sekejap.
6. Masukkan tomato buah &kacau lagi. Isikan garam secukup rasa.
7. Hidangkan

Selamat Mencuba ! : )

Wednesday, December 8, 2010

Kek Coklat Kukus



Assalamualaikum semua..Selamat Malam..ehh??Baru tulis entri dah ucap selamat malam..Aci la kan, sebab time ina tengah menulis entri ni hari dah malam, dah pukul 10.52 mlm dah pun mengikut jam di komfuterku ini .. jadik ku ucaplah selamat malam..boleh gitu..??*ikut ko la ina...

Kat entri yang lepas ina ada kata nak letak resepi kek coklat kukus kan..Sekarang ini semua manusia2 dalam rumah ini sudah terbongkang diulit mimpi .. masing2 sedang gigihnya memproses air liur basi .. samada atas bantal mahupun atas tilam .. maka dengan ketenangan yang ada ini, ina mengambil kesempatan untuk menulis resepi ini.. errrr nape haku rasa mcm skima sangat je ayat ?? (T_T)


Resepi kek ni mudah jer nak buat, sebab sukatan dia semua menggunakan cawan.. 1st time ina buat alhamdulillah terus menjadik..berdebar gak masa nak bukak tudung kukusan tu kalau-kalau bentat ke hape..sbb ina ade baca komen sorang ahkak yang dah mencuba resepi ni.. dia kata dah 2 jam dia kukus kek ni tak masak2..last2 dia wat coklat ball..
Pastu akak yang share resepi ni kata,dia dah buat berbelas-belas loyang menggunakan resepi ni, elok aje menjadik..tak pernah pun failed...so,ina pun konfiden ler nak mencuba ..
Mungkin ina & kakak yang share resepi ni buat dengan penuh perasaan kasih sayang kot....(T_T)
Itu pasal menjadik..yang tak menjadik tu agak2nya buat dalam keadaan mood tak stabil kot..kehkehkeh ..memandai jer haku..;-P

Okeylah jom kita tengok resepi kek ni ..

 Bahan-bahan
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak/butter
1 cawan gula

1. Bahan2 kat atas tu sumer campur dlm periuk & jerang atas api kecil campur sampai sebati...ketepikan & biarkan sejuk sket

2. Tiga biji telur pukul sampai kembang & gebu . Lepas tu masukkan dlm campuran koko yg dah menyejuk tadi.  Gaul sampai sebati dan masukkan 1 cawn tepung, 1 sudu teh baking powder & 1 sudu teh soda bikarbonat. Gaul lagi sampai adunan itu betul2 mesra.

3. Kukus atas api sederhana dlm masa SEJAM.

Toping
1 cawan susu pekat
1 cawan koko
Sedikt minyak

Cara
Campurkan bahan2 diatas dan kacau  sampai sebati..kemudian sapukan di atas kek. Letak ler coklat rice sbagai hiasan.

* Toping yang ina pakai ialah,ina gunakan coklat masakan yg dimasak dngan sedikit butter & menggunakan kaedah double bowl ... : )

Selamat mencuba !

Rumahku tak terurus

Assalamualaikum semuaaa.. aduhlaaa ina bebetul fonatttt nihhh..fonattt!!Omputih cakap ape tu ekzosted ekkk??aaaaaaaa...maybe sebab tak cukup tido kot..bila tak cukup tido,badan otomotik jadi lesu ... bila dah lesu maka rumah akan terkena impaknya..impak maksima tak terurusssss(T_T) ... tengahari semalam ina ke pasaraya cari keperluan dapur sikit-sikit.. adoyaiiii penat melayan kerenah anak yang sorang ni..suara dia aje yang duk dengar melalak kat pasaraya tu..belari sana, belari sini kesudahannya terhantuk pada bucu dinding .. terkena kat batang hidung,berdarahhh....apalagi, melalak ler satu pasaraya tu.. ina dengan duk dukung babynye, try duk pujuk suh dia diam..sib baik ler baby ni tido,diammm jer dia...wat derkkk jer abang dia duk melalak sampai nak terkeluar anak tekak..(T_T)..puas nak suh dia diam,last-last heret dia kat sudut permainan bagi dia main pepe yang dia berkenan...  baru ler diam..


Nampak tak bertanda kat batang hidung dia tu..tu darah dah berhenti..itu lerrr, lasak sangat,buasss sangattt kan dapat pekdah.. 


 

Balik dari pasaraya, bagi anak2 makan nasik goreng yang ina buat breakfast pagi tadi..penat dah nak memasak..pastu resttt kejap,tambahan pulak hari hujan campur ngan ribut apelagi..zzzzZZZZzzzzzzzz ler...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tido pun tido2 ayam...ade baby kecik ni mana leh concentrate tido (T_T) .. bila bangun tengok keadaan rumah,ya rabbiiii...napelah aku ni malas sangattt .. (T_T) .. bukan malas tapi fenatt lah ...al-fenat..al -fenat ..tengok tu...kat sinki dapo tuuuu ..huhuhuuu







Tuuuuu lagiii, sila lihat di sana di atas lantai tuuu .. barang2 yang shopping kat market tadi tak berkemas pun lagiii .. (T_T)








Sila lihat pula di atas meja makannnnn .. (T_T) ohhhhhh..kenapa..kenapa .. whyy??whyy?ecehhhh, macam ler situasi ini yang kali pertama berlaku .. buat-buat pelik pulak .. ;-P





Dalam rumah pokes kat atas kerusi pulak .. ohhhhhhh!! ohhhhh!! lemah longlai tengok kenkain baju yang semakin menggunung.... dan sehingga entri ini ditulis, gunung ini masih belum ditarah lagi .. (T_T).. Sila wat-wat tak nampak kalau ade bende2 yg sensored kat timbunan baju2 ini yer.. huhuhuuhu






Cuaca sejuk kat luar dan anak-anakku masik syiokkkkk memproses air liur basi... takperrr teruskan proses pengeluaran air lior basi yer anak-anak sementara umi memasak untuk dinner kat dapo ni ...




Setelah mengumpul segala energy yang ada, ina pun bukak silat cekak dan terus berkentung kentang kat dapo menyiapkan makanan untuk anak-anak .. yeahhh..yeahhh...go..go..toreton..go..go....
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jeng-jeng-jeng .. dahhhhh siappp mee hailam untuk anak2 ..sedapppp derang kata...emmmmm bercampur dgn lapar gak tuuuu,sbb masing2 baru bangun tido kannnnn.... ;-P





Selepas masing-masing dah kenyang,dah mandi semuanyaa... ina pun sambung operasi mengemas kat dapo.. energy dah semakin down.. nak merangkak dah rasa,tapi ku gagahkan jua ..(T_T)
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hampir pukul 1 pagi barulah ina siap mengemas itu dan ini kat dapo nih...Penat sesangat dahhh .. Boleh laaa tuuu .. kira kemas la sikit dari sebelumnya yang hazab ..(T_T) ...aduhhhh dah nak pengsannn sesangat dahhh niiii...



Okeyyyy kenkawannnn..itu aje nak stori perihal semalam punyer cerita .. banyakkkk lagi kerja2 yang menanti nih ... see u ...daaaaaaa :DDDD



Tuesday, December 7, 2010

Ina dah kembali berblog

Salam kenkawan semua .. waduh waduh wad-duhhhhh .. hampir 4 bulan ya ina biarkan ini goblog eh ! ini belog bersawang & bersemut .. ada antu ke hah???? heloooo?? loooooww...looooooww... enibadi homeee ..homeee ..homeee ... uishhhh bergempa aseee belog nih .. apa kan daya kenkawanku, orang baru lepas keuzuran ..(T_T) ..
Nak letak entri pasal resepi2 baru pun tak sempat .. bercampur baur ngan malassss menaip kat ini blog yer
jugak .. ehehehe ..
Ade anak2 kecik macam nilah .. masa tu agak terbatas untuk nak hadap & menumpu pada komputer .. nak menulis-nulis ni pun kena ada idea gak kan .. biar merapu meraban pun ..

Hari ni ina punya entri lain sikit dari entri yang lepas2 .. kalau entri yg lelepas tu semuanya berkisar,berputar pasal resepi 'semata-mata' .. 'sehidung-hidung' tak masuk book .. ehehehhe .. merepek jer haku nih .. mana taknyer,kepala dah tionggg .. tionggg dah niii .. *_*

Kali ni ina nak cerita pasal aktiviti ina seharian duk kat rumah pada hari ini .. uhhhh!! boring kerrr?? Lantak laaa .. nak citer gak .. kalau yang rasa boring tu, shoohh shoohh gi main jejauh .. ngeeeee ...ermm nak stat dari mana yerk .. ok kita stat dari pagi yerk .. pagi tadi ina tak buat breakfast .. tuan besar dah siap2 beli roti canai & mee goreng .. fuhhhh!! Legaaa .. ingatkan nk buat nasik goreng,so kensellll .. pasal pe ina tarik napas lega, sbb malam tadi ina tido kul 4 pg .. duk godek-godek kat dapo membuat ke kek coklat kukus .. operasi bermula kul 12 lebih tgh mlm .. biasalah kan,semua manusia dah terbongkang tido baru aman sejahtera nak membaking ..
okey ini ghuper kek coklat kukus itew sesudah tudung pengukus diangkat ..



Alhamdulillah .. syukur menjadik.. sbb 1st time buat guna resepi ni .. next entri ina letakkan resepi kek coklat kukus ni ekk .. nak letak sekarang, dah tak larat .. nak pengsan dah ni .. ehehehehe ..




paginya bila bangun,toping kek tu dah mengeras tapi still sedap & mabelessss.. yummyyy!!


Oleh kerana breakfast dah tak yah buat, lepas mengemas umah & uruskan anak2, ina berkentung-kentang plak kat dapo untuk siapkan lunch .. lunch tadi ina buat daging masak merah,ayam masak halia & telur dadar .. telur wajib ada untuk santapan anak dara ina yang sorang tu .. uminya penat2 masak ayam & daging,haram pon dia tak nak makan .. >_<>Resepi ayam masak merah & ayam masak halia tu pun ina akan letak next entri yerk ..
Okey, xtvt ina malamnya plak lepas siap & bereskan anak2 ialah membasuh baju .. tadi siang tak mesin pun baju, panas pun smpai tghari jer, kendian hujan sampai ler ke maghrib .. lg pun siang tadi baju tak bnyak sgt nak dibasuh, so kumpul2 dulu, mlm baru putar masuk mesin.. sblum masuk mesin,pilih2 pakaian yang kotorannya agak extrem .. yang rerasanya mesin basuh tak mampu nak ilangkan .. sebagai contoh hujung kaki sluar anak2 jantanku ini ..
(T_T)

melampau kann??? tu ina bubuh peluntur pun tak baper nak jalan .. dengan gigih ku menyental ujung2 sluar tu .. takper xcersise untuk kecikkan lengan ... huhuhu

kendian barulah boleh masukkan dalam mesin basuh bersama pakaian2 yang lain .. pastu operasi menyental toilet tu pulak .. lantai dah menunjukkan tanda2 kehitaman .. rasanya baru jer lagi ina duk sental toilet nih, dah naik itam balik .. (T_T)..apakan daya,mataku elegic tengok toilet kotor, so gagahkan diri jugak untuk menyugi & memberus .. sblum operasi menyental dilaksanakan, tabur sabun khas dulu yer .. ina pakai sabun ZIP untuk nak sental toilet ni ...

Lepas tabur sabun ZIP tu,biarkan sekejap untuk daki kat lantai tu mengembang .. mentara perap sabun tu kat lantai ina kemas2 kat sinki dapo .. basuh segala pinggan periuk yang ada .. tengah2 duk basuh periuk kat sinki,air dari saluran lubang air kat bawah sinki tu membuak2 naik .. aiyarrrrrkkkkk!!! tidakkkk!! perkara yg paling haku tak suka dah hapen .. tengoklah akibatnya .. (T_T) .. pada yg geli geleman jgn tengok .. atau buat mata juling kejap ..




Tak pepasal bertambah kerja ina kannnn??? huwaaaaaa!! fenattt ler nak menyuci pulak ke sisa-sisa lelemak dari saluran air yang naik ke atas tuuuu .. :'((((( .. nak taknak kugagahkan jua menyental & menyugi lantai dapo tu .. tak kan nak biar plak macam tu kan .. lainlah kalau ade cinderella yang nak datang tgh2 malam kang tolong cucikan ..


Lepas bertungkus lumus tertonggeng-tonggeng menyental & menyepak air kat lantai tu, barulah keadaan kembali ke asal .. phewwwww!!!

Pastu ina curahkan 1 cerek air panas menggelegak dalam saluran lubang air tu untuk nak elakkan dari tersumbat & air naik ke atas lagi .. biasanya ina buat macam tu setiap kali kejadian ni berulang .. benciiii arrr situasi ni .. >_< .. Then sambung plak menyental & menyugi toilet yang diperap ngan sabun tadi .. setelah 2x perap & 2 round sesi sental-menyental barulah berkilat toilet haku .. sedapppp mata memandang .. nak membuang pun aman & selesa kannnn.. ;-P


Dah siap menyental itu ini semua baru teringat, anak sulong ina hat lelaki,Razeen atau nama panggilannya ajeem tu tak makan ubat lagi .. Ajeem ni ada epilepsi .. so, setiap pagi & malam dia WAJIB diberikan ubat .. kalau tidak menggelupur kekejangan lah dia diserang sawan .. haaaa, ni la ghuper ubat yang dia minum ..



Sebelum nak bagi ubat tu ina kena pegang satu 'senjata' supaya dia minum ubat tu .. kalau tak dipegang 'senjata' ni, alamatnya bergelut lah ina ngan dia nak menyuap ke ubat ni .. senjata itu ialah ..
.
..
.
..
.

.
.
.
.
.
.

..

.



..


..




..

.
.



Yaaaaa !!... ini diaaa .. hangerrrr yerrr ..!! hangerrr..!!skrip ina tetiap kali nak suap obat ni kat mulot dia ..."Makan obat nih,makannnn.. kalau tidak kena hangerrr"!!


Expresi muka Ajeem setiap kali nak bagi ubat cam ni ler lebey kurang .. pas dah setel bagi ubat ke ajeem,baru terperasan kepala hulubalang atau Razman ni tertido macam ni atas kusi ... siannn plak anak umi nih .. umi sibuk menyugi kat dapo & bilik air tak sedo kejadian ini berlaku ..(T_T)


ina angkat dia selow2 letak atas tilam .. so..selesai lah tugasan untuk hari ini .. masih ada lagi tugasan2 yang menanti esok hari .. cukuplah dulu untuk hari ini .. ponattttt dahhhh ... nak pengsan sesangat dah niii.. ehehehhehe .. okeyyy ..jumpa lagi di entri yg lain.. gud niteeeeee!! ;DDDD