UmiYgBizi

Wednesday, May 25, 2011

Agar-agar karamel

Jam kat Pc nih dah pukul 1.25 pagi..yeahhh..ina masih gigih lagi duk menaip & nak share resepi...kali nih nak share resepi Agar-agar karamel..resepi ina ambik kat blog mat gebu..
tapi kejadian agar-agar karamel mat gebu lagi cantik & romantisss gituu....ina punya agar-agar ni tersilap guna acuan...so, permukaan atas agar2 tu kurang menjadik...takper next time cuba hasilkan dengan kejadian yg lebih baik lagi...hihi..okey,mari kita salin resepi & cara2nya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly (boleh beli kat pasaraya)
600 ml air
300 ml susu cair
120 g gula halus
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir (kalau tak nak manis guna 3/4 cawan)*
3 camca besar air*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.
  2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
  3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...



Apam Beras

wah-wah-wah-wahhhhh..mentang-mentang berbulan-bulan tak update blog..skali update,hambik ko..dah 4 resepi ina duk tepek..ekekeke..yerlaaa..boronggg terusss kannn...lepas nih tak tau bila pulak akan update..esok ker,lusa ker,next week ker,next month ker...hohohoho...
Okey-okey malas nak celoteh panjang2..masa makin suntuk nih..kali nih ina nak share resepi Apam Beras..memang SEDAP giler resepi nih..tapi pas makan tadelah sampai jadi gilerrr..hihihi..
Exceli ina ade dua resepi apam beras ni..resepi yang satu lagi tu,lebih kurang sama gak bahan2nya..cuma resepi tu tak pakai brown sugar,dia pakai gula putih biasa...lain2 bahan sama aje,cuma sukatannya aje yang berbeza..dua-dua resepi tu ina buat menjadik..lembut aje..tapi bagi ina resepi yg ini lebih lembut lagi  kot..

Okey,jomlah kita tengok resepinya...
Bahan-bahan
* 2 cwn nasi
* 2 cwn tepung gandum
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn brown sugar
* 3/4 cwn gula
* 2 1/2 cwn air
* 1 sudu kecil yis (mauripan)
* kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. perap selama 3 jam.
6.masukkan dlm acuan kecil YG DISAPU SEDIKIT MINYAK dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap! (^__^)



Puding Coklat

Resepi Puding Coklat nih ina ambik dari dapur mat gebu..resepi mat gebu puding ni dimakan berkuah.. susu sejat campo buah koktel.. disebabkan anak2 ina tak suka buah koktel, dan ina pun malasssss nak buat kuah..so ina juz buat pudingnya aje..walau tanpa kuah sekejap aje dah licin dibedal dek anak2 termasuk mak anaknya sekali..hehe..bapak anak tak pandang kuih-muih yang ada unsur2 coklat nih...so,jamu anak2 aje lah..:-P


BAHAN-BAHAN PUDING :
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak
1/2 camca teh garam (tak letak)
4 camca besar tepung jagung
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly (konnyaku jelly)
3 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan semua bahan2 untuk pudding kecuali mentega dalam periuk, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Jerang atas api sederhana sambil dikacau tanpa henti. Bila bancuhan menjadi pekat, matikan api dan masukkan mentega, kacau rata dan tuang dalam acuan pilihan. Biar beku. kemudian bolehlah di ngap! SELAMAT MENCUBA!!

Kek Marble

Okey, kali ni nak share resepi kek marble pulak..Ina dapat resepi ni dari kawan pages Kongsi Resepi  kat FB...

Exceli cabaran tul nak siapkan marble cake nih.. sebab ina buat berduet dengan apam beras..hihi..pastu cam biasalah, gangguan yg hebat dari hero2 lasak yg kecik2 kat umah nih, lagilahhhh mencabar keimananku untuk menyudahkan proses pembakaran kek & pengukususan apam..mujur gak menjadik akhirnya...^__~

Resepinya macam ni yer puan-puan,acik-acik,akak-akak & adik-adik...

Bahan-bahan..
1 butter ( 250gm )
2 cup/250g tepong sebaguna + 1sudu baking powder ( ayak)
1 cup/250g castor ( atau 3/4 cup )
1/4 cup cocoa powder
4 biji telor Asize
100ml susu segar
2tbs susu pekat
esen vanilla.

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang. masukkan telor satu2. masukkan susu segar dan pekat berserta vanilla. kacau rata. masukkan tepong sikit2, kaup balik guna spatula.
2. Bahagikan 2. satu di campor cocoa.
3. Selang-selikan adunan sampai habis.
4. Bakar 180-200c selama 45-1jam.

SELAMAT MENCUBA!!

Tuesday, May 24, 2011

Tart Telor

Assalamualaikum..Lamanya ina tak update blog...-_-...Bosan dengan line internet yang slow setiap kali tengah malam..Kdg2 tu langsung tak boleh nak surf...Ina tengah2 malam ler baru free sikit kalau nak menulis & mengarut kat blog ni..hehehe...Key..kali ni ina nak share resepi Tart telor..1st time buat guna resepi ni terus jatuh cinta..tak cari lain dah..hehe..anak2 & suami suka sangat2 makan tart telor nih....


Gambar yang  kat atas tu yang dah ke-3 kali ina buat..so, kejadiannya agak okey la sikit jika nak dibandingkan dengan kejadian rupa yang 1st time buat seperti gambar di bawah ni..hihi
    


Resepinya seperti kat bawah...

Egg Tart Recipe

* PASTRY
* 200g butter
* 80g gula aising
* 360g superfine flour
* 1biji telur
* 1/2 sudu kecil esen vanila

* FILLING :
* 1 cawan susu cair
* 4 biji telur
* 1 cawan gula
* 1 cawan air
* 1 sudu besar tepung kastard
* 1/2 sudu kecil esen vanila
* pewarna kuning

 

Cara-cara

1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.


SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, February 17, 2011

Dah 2 bulan blog terbengkalai

Pejam celik-pejam celik, dah 2 bulan blog ina ni terbengkalai....Ina bebetul bizi dengan rutin harian..ditambah pulak line internet yang selalu wat hal...Lagilah takde mood nak mengupdate....Ini pun curi-curi masa kejap menulis..kerja-kerja umah cam biasalah,banyakkkkkk lagi yang menunggu turn untuk disetel... (T__T).....anak-anak pun belum mandi lagi ni haaaa.... nanti free-free ina update lagi yer....bai-bai....